Monday, December 25, 2017

Kartel Azmin merangka sistem rompakan halal melalui GLC

Catatan Pendedahan Umum

25 Disember 2017

1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KSSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KSSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KSSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.

2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.


3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KSSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KSSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KSSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd.  Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KSSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KSSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KSSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.

4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KSSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ? 

5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KSSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.

6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KSSB.

7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.

Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).

Nota tambahan.
  • Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
  • semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
  • seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.


Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.

Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.

Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ? 

Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan. 

catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR

No comments:

Post a Comment