Thursday, November 30, 2017

Anak saudara ditahan SPRM dengan jutaan wang tunai, Azmin bertanggungjawab. PH terus bisu ?

Kenyatan Umum

30 November 2017

ANAK SAUDARA AZMIN DITAHAN SPRM DENGAN JUTAAN WANG TUNAI

1. 29 November 2017 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menahan seorang individu yang punya kaitan rapat dengan Azmin Ali (Menteri Besar Selangor). Azmin tidak boleh sekadar menafikan dia terkait kerana selain dari punya pertalian persaudaraan dimana yang ditahan merupakan anak saudaranya tetapi individu tersebut juga sering berada denganya termasuk dalam mesyuarat penting. Semalam SPRM telah melakukan tangkapan individu terbabit di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

2. Menurut sumber dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta tunai ditemui dan beberapa akaun dibekukan bank turut dibekukan. Bayangkan itu baru dalam tangan 'anak saudaranya' berapa banyak pula dalam budak - budak muda kelilingnya atau dikediaman dia sendiri. Individu tersebut hanya berumur 34 tahun merupakan antara anak muda jutawan segera yang sering berada rapat dengan Azmin Ali


sering bergambar mesra bersama

dalam mesyuarat penting dia tetap hadir bersama, apa peranannya

sentaiasa bersama Azmin termasuk di Parlimen

untunglah muda dan mampu hidup mewah,
kesian dekat macai PKR yang hidup kais pagi petang

lihat betapa dia hidup mewah motor cup diletakkan nombor plat mahal, sombong...
macai Azmin ada yangmotor pun tak bayar bulan

ciri budak mudajutawan segera kaya keliling Azmin kaya dan sombong

3. Azmin Ali harus bertanggungjawab atas segala kegiatan korupsi yang sangat berleluasa di Selangor hari ini. Azmin telah berjaya melahirkan jutawan muda segera di sekelilingnya dalam keadaan majoriti rakyat sedang terhimpit dengan masalah kehidupan seharian. Dia menggunakan slogan PEDULI RAKYAT mengaburi mata rakyat dalam meneruskan dan melindungi kemunafikan kegiatan jahat dia dan kartelnya. Simpati dirakamkan kepada 'macai - macai' parti dia di bawah yang bersusah payah bekerja untuk parti namun terus hidup susah sedangkan budak muda keliling Azmin muncul terus mewah tanpa bersusah payah. Dikatakan tangkapan kali ini hanya meneliti satu dari aspek banyak kegiatan korup menggunakan anak saudaranya ini, yang terbongkar baru satu iaitu melibatkan 'lombong batu' di Hulu Langat yang telah bermula sejak akhir 2014.

4. Parti Keadilan Rakyat khususnya dan parti - parti sekutu harus memberikan penegasan dalam isu ini. Untuk pengetahuan semua isu ini antara ratusan isu yang pernah dibangkitkan oleh che'GuBard dan teman - teman SAMM sebelum ini yang mana sebelum itu butiranya sudahpun terlebih dahulu diberikan kepada pimpinan - pimpinan parti PH.

5. Kepada semua juga diingatkan jangan terpedaya dengan berita penangkapan ini. Ia hanya amaran kepada Azmin Ali bagi mengingatkan dia terhadap skrip perjanjian antara dia dan Najib Razak. Semua dijemput klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html tulisan lengkap saya siapa Azmin Ali yang sedang selesa 'bermain banyak kolam'. Seperti tangkapan Adam Rosly sebelum ini (sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/adam-yang-dikatakan-proksi-zuraidah-dan.html) yang tidak jadi apa hanya sebagai amaran dan ingatan untuk Azmin terus berada dalam skrip selain dari menunjukkan seolah SPRM buat kerja dan telus.

6. Azmin sememangnya licik. Dia punya kertas siasatan lengkap BPR ketika 1998 namun kerana kelicikan dia tidak diusik malah ditangkap pun 1998. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-azmin.html untuk membaca dan melihat sendiri kertas siasatan terhadap Azmin yang telah dilengkapkan tetapi Mahathir arah jangan dakwa.

catatan oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** penulis merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan Azmin Ali.

4 comments:

  1. kalau compare zaman BN perintah selangor, lagi ramai jutawan kroni.. sama je.. cumanya sekarang, kami rakyat selangor sangat enjoy dengan kemudahan yang ada as compared to previous pemerintah.. bukan nak sokong orang songlap.. salah tetap salah!

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:32 PM



    Salam CAHAYA..

    CAHAYA-Cinta NYA...Indah ber SERI
    Menyuloh TERANG, Tiada ter SEMBUNYI
    Sandiwara LICIK, Cover-Up KONSPIRASI
    All d 'barbaric-MIND', Tak dpt SEMBUNYI

    CAHAYA Alam...Dek CAHAYA Mentari
    CAHAYA Yg'ESA...Terang diKALBU
    Langit dan BUMI....Mnjd SAKSI
    d 'barbaric-MIND'..Terjerat LAYU

    Lets dLIGHT ofLUV shines n shining stronger in ur HEART my dearONE, ha ha..

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:17 PM

    Tahniah chegu Bad.usaha Murni berjaya membuka mata ahli PKR dan PH.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:15 AM

    Setuju.
    Gerai makan tepi jalan kawasan kajang mewah yang menjadi tempat rakyat melayu bawahan nencari rezeki pun dah kena roboh mpkj. Bagi tempat ganti di kawasan jauh tersembunyi tak ada orang makan. Anak sedara dapat projek pasir juta2 dan sungai jadi teh susu.

    Peliknya gerai cina jual buah di sungai chua tak pulak kena roboh mpkj walaupun terletak betul2 tepi simpang empat yang sibuk dengan kenderaan. Agaknya dedak masuk lebih kot yer???

    Eloklah azmin tu masuk pas je

    ReplyDelete