Thursday, July 27, 2017

PKR Selangor kianati hak pelajar bumiputera anak Selangor

Merujuk kepada kenyataan bertulis 12 Julai 2017 (klik http://chegubard.blogspot.my/2017/07/respon-terhadap-pendedahan-zuraidah.html)


1. Awal Jun lagi saya telah nyatakan dalam beberapa laman sosial saya mengenai saya  telah mendapat beberapa dokumen yang setelah diteliti ia berkaitan beberapa salah laku (penyelewengan) yang mengaitkan beberapa nama dalam kepimpinan parti yang menguasai Kerajaan Negeri Selangor. Penelitian telah dibuat dan beberapa usaha bagi mengesahkan dokumen dilakukan.

2. Bermula dengan dokumen pertama (September 2013)  iaitu satu dokumen yang dipercayai milik Yayasan Negeri Selangor  yang dihantar kepada YAB Menteri Besar pada ketika itu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim meminta ulasan Menteri Besar bagi menuntut hutang sebuah syarikat yang dinamakan Tremendous Progress Sdn Bhd.  Saya telah siarkan sebahagian dokumen ini sejak awal Ramadhan 1438 h lagi.

3. Dalam dokumen ini syarikat dinyatakan telah berhutang dengan Yayasan Selangor sewaan premis D1-10-GF & D1-10-03, Pusat Perdagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, Kelana Jaya, Selangor. Bukan sahaja sewaan selama setahun (2 tahun) tidak dibayar tetapi syarikat tersebut mendapat keistimewaan menduduki tanpa menyelesaikan pembayaran deposit pun.

4. Paling menarik dalam dokumen tersebut dinyatakan secara jelas bagaimana YB Zuraidah Kamaruddin (ketika itu Timbalan Ketua PKR Selangor) dan CC Lee (dipercayai ADUN PKR Kajang ketika itu) mewakili syarikat yang berhutang untuk berunding dengan Yayasan Selangor.

5. Ternyata dalam dokumen tersebut Khalid Ibrahim (Menteri Besar ketika itu) mengarahkan tindakan undang – undang diteruskan. Malangnya melalui maklumat yang ada ketika proses persiapan tindakan undang – undang dibuat Khalid disingkirkan dengan fitnah dan digantikan dengan Azmin Ali.  Dokumen ini saya telah panjangkan kepada beberapa pemimpin PH tetapi malangnya budaya melawan korup lawan tapi senyapkan korup kawan sangat kuat maka tidak ada respon diberikan.

6.   11 Julai 2017, sebuah NGO yang berpengkalan di Gombak ke Yayasan Selangor bagi menghantar surat terbuka sokongan kepada Yayasan Selangor dan berdasarkan rekod ini kali pertama isu ini muncul dimedia melalui sidang media NGO tersebut.

7. Sehari selepas itu YB Zuraidah telah muncul dibeberapa media seperti biasa dengan sombong cuba mengalihkan isu dengan menyatakan pendedahan hanya surat layang dan Menteri Besar hanya mampu mencabar supaya dibawa ke SPRM. Tiada pihak mampu menafikan kebenaran dokumen tersebut.

8. Setelah diteliti pemilik syarikat Tremendous Progress Sdn Bhd ialah merupakan pimpinan Cabang Ampang (Timbalan ketua Cabang) iaitu Latiff Shaari. Ini jelas salah guna kuasa dimana Zuraidah merupakan Timbalan Ketua parti yang memerintah Selangor mewakili syarikat yang berhutang dengan Yayasan Selangor merundingkan hutang bagi pihak syarikat yang jelas dikenali dan rapat denganya. Bukan sahaja timbul persoalan berapa komisyen yang diperolehi sebagai jururunding sebaliknya memang wujud kepentingan secara langsung berdasarkan kedudukan politik masing masing. Berdasarkan rekod pada 13 Julai 2017, NGO yang sama muncul di Yayasan Selangor telah ke SPRM bagi menghantar laporan mendesak siasatan SPRM berkenaan perkara ini.

pejabat PKR yang dimaksudkan yang ditaja oleh kontraktor 
9. Sebenarnya faktanya lebih memalukan. Premis yang tidak dibayar sewa pada tarikh yang dinyatakan dalam dokumen itu telah digunakan sebagai Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang mana ketika itu diketuai oleh Azmin Ali sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor.  Seorang kontraktor telah menyewa premis diberikan untuk digunakan sebagai pejabat parti yang memerintah negeri Selangor. Premis pula milik agensi dibawah kerajaan negeri. Apa janji kepada kontraktor itu ? Habuan projek ?  Melalui maklumat yang sedang kami sahkan nilai ubah suai dan perabot dalam premis tersebut untuk digunakan sebagai pejabat PKR Selangor juga sangat tinggi. Kenapa PKR tidak menyewa sendiri dan dibuat perjanjian antara pemilik premis dengan PKR, nampaknya ada muslihat yang misteri  disitu ? Sungguh berbelit - belit PKR ini.

10. Malangnya kontraktor itu tidak membayar sewa malah deposit yang dijanjikan kepada pemilik premis agensi dibawah kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor. Dibawah Menteri Besar Tan Sri Khalid, Yayasan Selangor telah menyita pejabat tersebut.

11. Bagaimana PKR ingin bercakap mengenai ketelusan dalam perihal sewa pejabat sendiri di negeri PKR memerintah sendiri tidak telus. Kontraktor taja pejabat, Kontraktor yang sewa pejabat gagal bayar sewa lebih malang lagi kontraktor itu ialah pimpinan PKR Selangor yang mana sedang diteliti beberapa projek yang dia perolehi secara langsung dan tidak langsung berkaitan kerajaan Selangor.

12. Pejabat pun gagal bayar sewa bagaimana janji PKR mahu mentadbir dengan baik ? PKR bukan sahaja parti gagal tetapi dana yang seharusnya mampu untuk menaja pelajar anak Selangor dikianati mereka. Dalam keadaan pemimpin PKR sedang berlumba memewahkan diri, membuat rumah mewah dan mengumpul kenderaan peribadi malangnya hutang untuk taja pelajar anak Selangor diseleweng.

13. Azmin harus menjawab dengan jujur perkara ini. Azmin yang berunding 'pintu belakang' dengan MO1 (sama seperti Hadi) tahu dia akan selamat dengan SPRM dan seumpamanya maka dia akan cabar lapor SPRM. Dia tahu bagaimana Najib dibersihkan SPRM dia juga akan selamat begitu. Namun penyokong dan rakyat harus membuka mata.

catatan oleh ;

che'GuBard, SAMM

1 comment:

  1. Anonymous12:59 PM

    Aku bermohom pd ygESA smoga Cikgu Bard mndpt sponsor drp pelbagai pehak utk bertanding ddlm pru14 nanti..

    Takpe skalipun Cikgu Bard bertanding sbg calon bebas!

    Tetapi Cikgu Bard hendaklah "focus" bertanding dimana shj kerusi siAzmin bertanding baik DUN @ Parlimen!!

    Personaly, aku dpt rasakan siAzmin n the Cartel nih adalah lebih busuk/jahat drp Jibgor n lobai hadi!!!

    SiAzmin nih ingat dia tu pandai, ttp bg aku dia nih cuma tahap budak2 HINGUSAN yg terjerat dan tersedak dek bangkai "DEDAK" curi dan dah jd macai yg lebih hina lg haprak drp lobai2...sbb tu dia n the cartel sgt sayang trhdp lobai2 tuh wpon dah terang2 silobai tu PONTENG FITNAH UTURN serta sdondon mencuri duit kongsi 1MDB!!!!


    Smoga impian ku ini TUHAN makbulkan..amiin

    ReplyDelete