Wednesday, November 02, 2016

Peguam Negara failkan rayuan kes Blackout 505


Pada 14 Oktober 2016 saya telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen 4, Petaling Jaya atas pertuduhan menganjurkan satu himpunan (Blackout 505) pada 25 Mei 2013. Hakim Mohammad Kamil Nizam membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud prima facie di akhir sesi pendakwaan maka che'GuBard dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk pendakwaan.

Kes ini juga menarik kerana wujud surat palsu kononya che'GuBard memohon kebenaran polis pada hari perhimpunan diadakan, namun akhirnya pendakwa sendiri mengenepikan 'bukti utama' yang mereka bawa tersebut.

Namun 26 Oktober 2016 telah sampai ke alamat che'GuBard surat dari Mahkamah menyatakan bahawa pada 19 Oktober 2016, Pejabat Peguam Negara (pendakwaraya) telah failkan rayuan bagi keputusan membeaskan pertuduhan dibawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman tersebut yang mana kes yang berlarutan sejak 2013 ini telah melalui 3 kali sebutan semula.

Pada 31 Oktober 2016, cheGuBard dan 9 orang lagi telah dijatuhkan hukuman bersalah kerana menyertai himpunan haram dan merusuh dihadapan parlimen (pada 24 Jun 2013) bagi membantah penipuan pilihanraya umum ke 13. Dijatuhkan hukuman denda RM6,000

** sila klik baca bagaimana che'GuBard dan komrad SAMM terpaksa berusaha meminjam bagi membayar denda tersebut

Semua ini hanya cubaan yang insyaAllah menguatkan lagi che'GuBard dan keluarga besar SAMM untuk terus mengasak ke arah perubahan dengan berpegang dengan prinsip dan tidak kompromi sama sekali.

catatan : che'GuBard, SAMM

No comments:

Post a Comment