Friday, August 26, 2016

#SKANDALAZMIN68054 tetap ke SPRM 26 Ogos

KENYATAAN MEDIA
23 Ogos 2016
1. Merujuk kenyataan media bertarikh 15 Ogos yang mengumumkan bahawa pasukan khas isu #skandalAzmin68054 telah menemui salah seorang yang diyakini proksi Azmin dalam pemaju.
Bukti Jelas Kesalahan telah berlaku :

I. Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar.
II. Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.
III. Ditemui juga bukti butiran mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang seharusnya bersifat rahsia bocor kepada pemaju melalui proksi ini.
IV. Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang diyakini secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju.
2. Maka ditegaskan, 7 hari telah diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu - dia harus meletakkan jawatan. Masa 7 hari tersebut juga diberikan bagi memberi ruang proses dalaman parti bertindak dan persiapan semua dokumen dan mempersiapkan booklet bercetak isu #skandalAzmin68054.
3. Namun sehingga semalam tamat tempoh 7 hari nampaknya Azmin tidak mampu memberikan respon positif menjelaskan perkara tersebut malah terus menggunakan media menunjukkan sikap sombongnya. Dia juga melalui beberapa ‘kartelnya’ cuba melobi supaya saya dipecat.
4. Menjawab persoalan :
a. Status keanggotaan saya dalam PKR. Ya dalam pengetahuan saya setelah dimaklumkan oleh beberapa teman – teman anggota MPP bahawa melalui whats app group ‘kartel Azmin’ cuba mengajak anggota MPP lain menyatakan sokongan dengan membuat Perkeliling Resolusi MPP bagi menggunakan perlembagaan fasal 41.7 (mendapatkan sokongan majority 2/3) untuk membolehkan che’GuBard dipecat serta merta. Namun sehingga kini dimaklumkan Azmin gagal memperolehi sokongan majority bagi memecat che’GuBard. Nampaknya tempoh 7 hari yang diberikan dengan mengharapkan ada tindakan dalaman parti berkenaan isu ini hanya digunakan untuk bertindak memecat saya namun malangnya Azmin gagal mempengaruhi majoriti MPP membuat kerja kotor tersebut.
Saya tegaskan saya tidak menyerang parti tetapi menyerang perlakuan salah pemimpin yang merosakkan parti. Saya pasrah dalam perihal status keanggotaan saya namun saya percaya teman – teman pimpinan PKR tidak mahu menghantar masej kepada umum bahawa PKR tidak jauh beza dengan lawan politiknya.
b. Kenapa 7 hari dan kenapa hendak buat booklet pendedahan ? Saya ingatkan semua dengan terbaru berkenaan aduan rasuah seks dalam pejabat Menteri Besar Selangor yang didedahkan oleh YB Rafizi Ramli. Apa kesudahanya ? Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau aduan disapu dibawah karpet ?
Melihat isu #skandalAzmin68054 yang melibatkan kapitalis besar negara maka sudah tentu ‘payung kembang’ bakal melindungi, maka pilihan yang saya ada dan itulah latihan demokrasi gerakan reformasi rakyat perlu diberi maklumat penuh dan biar rakyat menghakimi, Rakyat Hakim Negara.
c. Adakah Azmin telus dan berani ? Jawapan saya TIDAK. Lihat sahaja apabila Abd. Razak Ismail membuat aduan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), tiba – tiba muncul salah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak bekredibiliti. ADUN PKR tersebut sanggup menyerang terbuka Pegawai Khas Exco DAP Selangor hanya untuk menjilat Azmin dan nampaknya penjilat Azmin sedang bersungguh – sungguh berusaha menggagalkan SELCAT membincangkan secara terperinci aduan kaitan isu #skandalAzmin68054. Jadi ada bezanya SELCAT dengan PAC?
5. Diumumkan SAMM dan sekutu yang membentuk pasukan khas isu #skandalAzmin68054 akan membuat laporan rasmi SPRM pada 26 Ogos 2016 (Jumaat), 3.00 petang di SPRM Putrajaya. Sebelum masuk membuat laporan kami juga akan melancarkan booklet isu #skandalAzmin68054 yang akan mengandungi 85% dokumen – dokumen bukti berkaitan, fakta dan kronologi. Booklet ini akan disasarkan kepada pegawai – pegawai kerajaan, kepimpinan PH khususnya PKR dan rakyat Selangor. Semua dijemput hadir bersama dihadapan Ibu Pejabat SPRM untuk sama menjadi yang terawal memilikinya.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


1 comment: