Monday, July 18, 2016

Seruan bersatu yang palsu

Catatan Umum

19 Julai 2016

SERUAN BERSATU PALSU

1. 13 Julai 2016 yang lalu beberapa media melaporkan kenyataan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang menyatakan pembangkang perlu insaf dan perlu bersatu untuk menyelamatkan negara. Laporan berita ini seolah menunjukkan jiwa besar Azmin namun yakinlah ia hanya palsu dan hipokrit semata mata.

2. Kenyataan Azmin ini kononya menyambut seruan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang kononnya sehari sebelum itu melontarkan seruan bahawa perlu adanya gencatan senjata dan usaha menyatukan semua pembangkang. Pemimpin Pas sememangnya terkenal dengan sikap berbolak balik mereka, siang cakap lain malam cakap lain dan inilah menjadi punca pecahnya Pakatan Rakyat sebelum ini. Ini dibuktikan sekali lagi hanya beberapa hari Tuan Ibrahim melontarkan seruan murni dia sendiri bertindak liar apabila mengeluarkan gesaan agar AMANAH dibubarkan kerana kononya AMANAH akan menjadi punca masalah dalam pembahagian kerusi menjelang PRU akan datang.

3. Seruan hipokrit konon berjiwa besar Tuan Ibrahim ini disambut juga dengan sambutan hipokrit. Azmin nak suruh semua bersatu, nak bersatu macam mana apabila di Sarawak semua maklum bahawa Azmin adalah punca pertembungan sesama pembangkang sehingga ditertawakan lawan dan kawan serta menghilangkan keyakinan pengundi.

4. Jika Sungai Besar dijadikan sandaran maka ia adalah perkiraan salah. Ramai tidak sedar Pas tidak kuat tetapi kerana Azmin menyimpan Pas dalam kerajaan Selangor maka sebagai duri dalam daging. Kesuluran Parlimen Sungai Besar ada 35 Ketua Kampung (Pengerusi JKKK) dan dari jumlah tersebut 23 disandang oleh Pas, PKR 11dan DAP cuma 1. Amanah langsung tidak punya akses. Bayangkan ketika kempen yang kebetulan berlaku bulan Ramadhan berapa banyak bantuan bawah Kerajaan Negeri tersalur kepada pengundi melalui Ketua Kampung Pas, berapa banyak projek -projek kecil melalui Ahli Majlis Pas dan jentera Pas yang berselindung dalam kerajaan negeri. Itulah kunci undi yang  Pas perolehi jika tidak yakinlah kemungkinan Pas akan hilang wang pertaruhan dan AMANAH yang mewakili PH akan memenangi Pilihanraya tersebut, namun semuanya kucar kacir kerana Azmin yang pentingkan kerusi MBnya tidak tergugat. Sudahlah turun kempen secara terang - terang bawa calon Pas dan menghantar masej keliru iaitu sokong calon AMANAH tetapi doa calon PAS berjaya.

5. Sekarang masa yang penting, rakyat mahukan perubahan namun ia perlu dilakukan secara serius. PH perlu ada seketeriat tetap yang dilihat secara fizikal dan menyakinkan. Isu - isu negara perlu dihadapi secara PH bukan sendirian lagi, usaha satu logo baru satu kemestian. Turun kepada rakyat program - program PH namun sehingga ini ia tidak berlaku yang rakyat ingat PH dalam pilihanraya Sarawak pun berlawan sesama sendiri. Lupakan Pas dan sedeqahkan sahaja Pas kepada Umno jangan buang masa yang sudah tidak berbaki banyak. Luaskan gabungan PH dengan parti - parti tempatan khususnya Sabah dan Sarawak, buka keanggotaan organisasi kepada NGO - NGO supaya semua lapisan massa rakyat berperanan. Selangor dan P.Pinang wajar menjadi wajah Pakatan Harapan. Pas harus disingkir dan diulang sedeqahkan sahaja pada Umno. Perlawanan akan datang ialah satu sahaja calon geng baik yang lain semua geng jahat ia lebih mudah.

Kalau Mahathir nak tubuh parti biarkan dan biar dia mohon masuk PH dan putuskan secara organisasi bukan hantar pemimpin tergegeh tersengih iring Mahathir ke sana sini. PH Perlu serius atau pusingan penting ini berlalu begitu sahaja dan selepas PRU kita laung semula penipuan pilihanraya.

tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment