Tuesday, July 19, 2016

Selepas tuduh Kafir Harbi, Mufti berselindung disebalik Istana

Catatan Umum

19 Julai 2016 (6.00 petang)

1. Bulan lepas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah mengeluarkan tuduhan yang membawa kegelisahan kepada rakyat dengan membawa tuduhan bahawa DAP merupakan 'kafir harbi'. Kenyataan ini sangat bahaya kerana menurut pandangan kebanyakan rakyat Malaysia pandangan atau kenyataan mufti ialah fatwa dan kafir harbi ialah kelompok kafir yang wajib diperangi sehingga ada yang beranggapan halal darah bagi kelompok tersebut.

2. Kenyataan Mufti ini sangat dangkal dan bagi SAMM yang sentiasa berusaha membawa kematangan masyarakat ini adalah peluang yang harus digunakan sebaiknya. SAMM melihat perlunya perkara ini dibawa kepada perbincangan dan pertembungan hujah supaya rakyat akan lebih matang. Maka pada 27 Jun lepas delagasi SAMM Pahang telah muncul di Pejabat Mufti Pahang bagi membawa surat perlawaan diskusi terbuka melibatkan Mufti Pahang, pimpinan DAP dan beberapa cendiakawan bidang berkaitan. Sudah tentu Mufti punya hujahnya, begitu juga pimpinan kanan DAP yang dituduh malah cendeiakawan dari perbagai latar belakang juga akan menampilkan hujah dan bahas berdasarkan sejarah dan keadaan semasa. Dengan cara ini rakyat akan lebih matang dan Islam itu sendiri akan lebih dihormati.



 3. Dalam pertemuan dengan pegawai Jabatan Mufti Pahang mereka menyambut baik dan berjanji akan memberikan respon segera secara bertulis. Malah melalui deligasi SAMM kami selaku penganjur telah menyampaikan bersedia berbincang format, lokasi malah meminda tarikh berdasarkan keselesaan Mufti Pahang.


4. Malangnya beberapa hari lepas telah sampai surat dari Jabatan Mufti Pahang yang ditandatangan oleh Mufti sendiri yang menyatakan tidak boleh kerana perlu mendapatkan perkenan Istana Pahang dahulu. Ini amat mengecewakan dan nampaknya mufti tidak ubah sikap sesetengah pemimpin politik pengecut, dia yang melontarkan isu bila diundang berdiskusi dia berselindung dibalik Istana pula. Bagi SAMM jelas mufti tidak bertanggungjawab dan melepaskan peluang terbaik menjelaskan pandangannya dihadapan orang yang dituduh dan rakyat khususnya kelompok muda.


5. SAMM menasihati Mufti Pahang selepas ini agar lebih berhati - hati mengeluarkan pandangan, selaku orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Agama Islam seharusnya di menunjukkan contoh yang baik iaitu berani tampil mempertahankan kenyataan dengan hujah, jika tidak lebih baik diam. Dengan kegagalannya ini ia akan dilihat lebih menjadi alat politik semata - mata.

6. Kepada semua rakyat kita harus terus mengekalkan keharmonian negara, kepada bukan Islam jangan terkeliru Islam bukan agama yang suka bermusuhan dan melebel sesuka hati. Islam ialah perdamaian dan rahmat kepada semua. Seperti mana Rasulullah SAW yang diakui semua bangsa dan agama sebagai tokoh yang membawa perdamaian dengan contoh akhlak yang sangat baik.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

rujuk juga kenyataan berkaitan klik link bawah :


12 comments:

  1. Anonymous7:57 PM

    Saya ini orang awam Islam. Saya ingin mencadangkan SAMM berbahas dengan saya secara terbuka tentang isu ini. Jika SAMM berani, sila nyatakan kesediaan SAMM di sini. Tarikh, masa dan tempat perbahasan boleh dibincangkan dengan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:53 AM

      tak payah berbahas...isu dah jelas...macai dedak...kalau berbahas pun dah konfem kau kalah....

      Delete
    2. Anonymous11:51 PM

      Ajak SAMM berbahas tapi berselindung disebalik Anonymous..

      Delete
    3. Anonymous8:28 PM

      Bagi jelah tarik ..bebudak samm ni pun sengal. Baru tau sapa berani. Anon tak penting. Bagi je tarikh kalau handal sgt bad kau tu

      Delete
    4. Jai Versys2:06 AM

      Lu sapa beb nak berbahas dengan SAMM? Syok sendiri la lu.

      Delete
    5. Anonymous12:22 PM

      SAMM kan dah kata, nak ajak berbahas dengan DAP dan endikiawan yang lainnya. Kalau hang (A:7:57pm) nak menggantikan Mufti Pahang, offer lah sebegitu rupa. Ajak berdebat dengan DAP dan panel yang SMM cadangkan awal awal lagi...

      Delete
  2. Anonymous8:17 PM

    Ini lah Manusia sama spesis Umbgok.dia lontar batu sembunyi tangan.jenis Manusia berhati Syaitan.cuba memperlaga lagakan Manusia ssjagat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:27 AM

      Anon 8:17 PM adalah syaitan yang menghina ulama Islam. Maka tidak hairanlah kita melihat Anon 8:17 PM menjilat kaki sifu ultra kiasu! Inilah akibat penjilat makan dedak babi ternakan !

      Delete
  3. Anonymous12:48 PM

    Saya ini orang awam Islam. Nama pun Anonymous. Ni mesti ketua cawangan umngok. Bekalan dedak dah cukop belom?? Nak berbahas konon. Mufti pahang pon kecut teloq. Hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:51 PM

    Ingat mufti manusia bacul/pengecut tak leh masuk syurga. saja ingatkan mufti. takut terlupa. jgn marahh. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:18 AM

    Muka mufti tu pun muka makan dedak.. x ada seri langsung sbg alim ulama.. ni le ulama akhir zaman.. sape le lantik jd mufti ni.. mcm x cukup pelajaran agama lg.. kena g belajar lg ni..

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:03 PM

    di malaysia kaum yang kata "kafir harbi" terdiri dari lebih kurang 30% rakyat malaysia iaitu seramai 10 juta orang. Halalkan darah mereka habis 10 juta kafir. Di negara lain seperti di US, negara kafir, jikalau mereka bertindak balas bunuh pula yang Islam yang tediri dari 5% sahaja dari penduduknya, hampir 80 juta akan musnah ... yang Islam sahaja boleh bunuh kafir, yang kafir tak boleh bunuh yang Islam...???

    ReplyDelete