Saturday, July 30, 2016

Penafian palsu : Exco diberi sehingga Isnin

SHAH ALAM – Exco Kerajaan PKR Selangor Elizabeth Wong diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah di Paya Wet Land tidak ditukar.
Aktivis politik, Badrul Hisham Shahrain atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Elizabeth perlu memberi penjelasan bagaimana tanah di Lot 68504 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar status dan kegunaannya.
“Saya beri masa kepada dia sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah tersebut. Jika beliau gagal, saya akan keluarkan semua bukti yang ada dan rakyat akan tahu penipuan Kerajaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Kata Chegubard, sepatutnya status tanah itu tidak boleh ditukar kerana lot tanah tersebut terletak di dalam kawasan Paya Wet Land yang telah diiktiraf sebagai kawasan hutan warisan dunia dalam Perjanjian Ramsar 1995.
“Dia menipu, bukan setakat geran tanah yang telah ditukar status, dalam simpanan saya ada dokumen kronologi status itu ditukar.
“Dia sebagai exco sudah tentu tahu lot tanah itu pernah ditolak permohonan penukaran status sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar,” katanya kepada.
Apa yang dikesalkan, Chegubard berkata, penafian yang dilakukan Elizabeth secara tergesa-gesa dan pantas ini menunjukkan seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat.
“Exco itu jawab tergesa-gesa sehingga membuat penafian palsu.
“Kita tunggulah dia buktikan. Jika dia gagal, saya cabar dia untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerana menipu terhadap rakyat Selangor,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment