Wednesday, July 27, 2016

Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya



Kenyataan Umum
27 Julai 2016
KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENIPU DALAM PENAFIANNYA
1. Pertama sekali terima kasih atas respon segera Kerajaan 
Negeri pada hari yang sama atas kenyataan saya yang bertarikh 26 Julai 2016. Namun kenyataan penafian tersebut yang kelihatan agak panik dan tergesa - gesa hanya bersifat penafian dan palsu.

2. Dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal berita menyatakan Exco yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menafikan Selangor ubah status tanah Paya Indah Wetlands bukan sahaja tidak ubah status malah Exco terbabit menafikan ada pelengkungan semua (re zone) dikawasan tersebut. Ternyata ini satu penipuan.

3. Tanah yang dibincangkan ialah tanah pada lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala langat, Selangor. Untuk rujukan semua pada 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. 

petikan minit mesyuarat rasmi Kerajaan Negeri
ketika MB Khalid Ibrahim jelas menyatakan
Lot 68054 terletak di dalam 
kawasan Paya Indah


4. Namun di bawah Menteri Besar, Azmin Ali sekitar Febuari 2015 usaha pelengkungan semula (re zone) telah dimulakan bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland sahaja ditukar kepada zon kawasan perumahan malah turut terkesan ialah kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Dalam laporan ulasan teknikal direkodkan Jabatan Alam Sekitar telah membantah namun ia tetap diteruskan. 17 Febuari 2015 Lot 68054 telah diluluskan pertukaranya oleh MMKN yang sudah tentu dipengerusikan oleh Menteri Besar.

5. Jelas setakat data ini penafian tidak berlaku pertukaran status dan pelengkungan semula (re zone) adalah tipu.

Tahukah kita puluhan kes permohonan kerja tanah dan pembangunan tertangguh selama bertahun - tahun lamanya di perbagai kawasan di Selangor kerana kononya kerajaan tidak punya peruntukan dan keupayaan cukup dalam melaksanakan pelengkungan semula (re zone) dan ia mengakibatkan bukan sedikit kerugian individu juga syarikat perumahan malah ada yang terpaksa gulung tikar tidak mampu menunggu. Kenapa berbeza dengan tanah ini yang terpaksa mengorbankan kawasan khazanah alam seperti Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seolah disegerakan ?



6.  Kawasan yang dinamakan Paya Indah ini besar dan bukan sahaja terletak dibawah Selangor tetapi turut berada di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Namun sebarang pembangunan yang berlaku disekitar kawasan bersangkutan pasti memberikan kesan kepada keseluruhan kawasan Paya Indah Wetland termasuk di Putrajaya .

Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak dan ia merupakan kelangsungan ikrar Ramsar yang Malaysia tandatangani. 

4 Menteri Besar menolak permohonan menukar status tanah tersebut, kenapa Menteri Besar sekarang menukarnya walaupun dengan bantahan dalam ulasan teknikal Jabatan terbabit ? 

Kenapa ketika banyak kerja tanah dan pembangunan tertangguh kerana usaha pelengkungan semula tertangguh di banyak kawasan sehingga ada syarikat perumahan bumiputera gulung tikar tidak mampu menunggu, kenapa tiba - tiba dikawasan tersebut ia seolah disegerakan ?

Apa pentingnya atau apa sebenar yang mahu diselindungkan sehingga Kerajaan Negeri segera respon pada hari yang sama sehingga terpaksa memberikan penafian yang palsu ?

Kepada yang mahu memberikan respon dalam perkara ini diminta lebih berhati - hati kerana berbulan lamanya telah dibentuk satu pasukan kecil khas untuk meneliti aduan yang diperolehi. Maka dengan itu dokumen - dokumen dan maklumat yang kami perolehi agak lengkap termasuk yang diperolehi dari dalam bangunan SSAAS itu sendiri. 

SAMM tidak berganjak dengan tuntutan Kerajaan Negeri perlu menarik balik pertukaran status ke atas tanah tersebut. 

Oleh ;

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan 
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard

1 comment:

  1. Good piece. Azmin is a big letdown. Keep up the good fight. Lawan Tetap Lawan for freedom, justice and democracy. Salams from Phnom Penh. Din Merican

    ReplyDelete