Monday, June 27, 2016

SAMM menanti jawapan Mufti Pahang

Kenyataan Umum

27 Jun 2016


Isu 'Kafir harbi' : SAMM sedia anjur diskusi terbuka hanya menanti respon Mufti Pahang

1. Baru ini kita negara digemparkan dengan kenyataan SS Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman  yang menyatakan bahawa DAP merupakan kelompok kafir harbi. Ia mendapat respon bercampur selepas itu.

2. Bagi orang biasa apa jua kenyataan Mufti merupakan satu fatwa dan bagi orang biasa 'kafir harbi' bermaksud kelompok yang wajib diperangi malah ada yang menyifatkan halal darah mereka. Maka merujuk kepada pemahaman kebiasaan ini maka kenyataan Mufti Pahang ini sangat - sangat bahaya.

3. Namun bagi sebuah gerakan pro pembaharuan maka SAMM meminta semua bertenang. SAMM melihat perkara ini sebagai peluang untuk membawa gaya politik baru dan mendidik rakyat. Maka SAMM telah memutuskan untuk mengadakan satu diskusi terbuka yang melibatkan Mufti Pahang, wakil pimpinan utama DAP dan turut menjemput seorang lagi panel ilmuan yang disegani masyarakat.

4. Jika diskusi terbuka ini dapat diadakan maka ia perluang rakyat mendengar hujah bagi mencapai pemahaman dan keputusan dan ini akan lebih mematangkan pemikiran masyarakat. Ini juga kesempatan Mufti Pahang berhujah bagi mempertahankan tuduhannya, malah pimpinan DAP juga sudah tentu ada jawapan balas mereka. Rakyat juga boleh mengajukan soalan yang timbul bagi mencari kebenaran sendiri.

5. Hari ini 27 Jun, sekitar jam 12 tengahari tadi beberapa aktivis SAMM  Pahang telah hadir ke Pejabat Mufti Pahang di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang. Surat yang telah diserahkan oleh Komrad Zamri Zanal dan Komrad Syawal telah diterima Pegawai Khas Pejabat Mufti dan berjanji akan memberi jawapan balas dalam masa terdekat.

6. SAMM amat yakin Mufti Pahang mengambil kesempatan ini bagi tampil ditengah kelompok masyarakat bagi menyampaikan hujahnya. Sebaik sahaja mendapat pengesahan kehadiran Mufti Pahang, SAMM akan membuat pengumuman dan menyelesaikan kerja lain termasuk logostik. Percaya program ini akan menjadi titik penting dalam mencari kematangan masyarakat Malaysia

Sekian dan terima kasih ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Zamri dan Syawal sebaik sahaja keluar dari pejabat Mufti.

No comments:

Post a Comment