Monday, June 13, 2016

SAMM lancarkan e Booklet 'Bukti Skandal Balak kelantan siri 1"


Kenyataan umum

13 Jun 2016

E - BOOKLET BUKTI SKANDAL BALAK KELANTAN

1. Pada 27 Oktober 2015, SAMM telah mengiringi sekumpulan anak muda Kelantan yang diketuai oleh Mohd Afiq Bin Ayob untuk membuat laporan dan menyerahkan sejumlah dokumen berkaitan bukti berkaitan skandal Balak Kelantan. Bukti - bukti tersebut antaranya mengaitkan juga peranan seorang ADUN Kerajaan Kelantan dalam kegiatan korupsi melibatkan balak di negeri itu.

2. Dokumen yang diserahkan dan bantuan yang kami beri bukan sahaja mewajibkan SPRM membuka kertas siasatan malah turut seharusnya sudah melengkapkan dan pendakwaan boleh dilakukan pun. Menurut maklumat yang kami perolehi SPRM sudahpun menyita beberapa fail termasuk kenderaan yang dinyatakan dalam antara dokumen bukti tersebut. SPRM juga dikatakan telah 'mengambil' ADUN tersebut untuk siasatan dan rakaman percakapan. Namun sehingga kini SPRM terus bisu tidak seperti ketika agensi regim mendepani kes - kes kaitan pemimpin pembangkang kebiasaannya. Contohnya kes konon melibatkan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, dimana media digunakan secukupnya, SPRM kelihatan tergesa gesa menyiapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Peguam Negara bagi pendakwaan namun ia kelihatan lucu kertas siasatan tersebut terpaksa dihantar semula ke SPRM kerana tidak lengkap. Ini sangat berbeza dengan kes skandal balak Kelantan ini.

3. Kecewa  terhadap SPRM yang sehingga kini kelihatan tidak bergerak. Mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM.

Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan ‘pecah amanah’ atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara.

Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada cuma pengadu disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang dibuat, ini tak ubah seperti membuat laporan korupsi kaitan pemimpin Bn.

4. Pada awal April 2016 SAMM telah menerbitkan Booklet Skandal Balak Kelantan, 25,000 naskah dicetak kini cuma tinggal sekitar 5,000 sahaja dalam simpanan. Namun ia masih belum menyeluruh. Booklet ini perlu dimiliki semua untuk melihat betapa PAS itu sudah berkawan dengan Umno. Sejak tersebar booklet ini turut dipos ke beberapa pemimpin PAS namun tidak ada langsung penafian dilakukan. Tidakkah kita berasa pelik bagaimana kes sejelas ini didiamkan seperti kes kaitan pemimpin Umno.

5. Sempena PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar ini SAMM dengan ini menerbitkan E - Booklet "Bukti Skandal Balak' untuk disebarkan. ia boleh dicapai di http://anakmudamalaysia.com/e-booklet/ atau terus ke https://drive.google.com/open?id=0Bw6GhtwgNjcGblVNR24yQkFmbWM

di bawah ini beberapa 'keratan' dokumen yang masih dalam simpanan juga untuk dijawab oleh pemimpin PAS berkaitan.

antara ratusan dokumen yang masih dalam simpanan kami

dokumen dari syarikat balak beli durian untuk pegawai kerajaan di Kelantan ? 
Kerajaan Negeri tidak boleh menafikan tidak kenal tauke balak yang bergerak atas beberapa syarikat yang terlibat membelikan toyota Fortuner, lembu qorban untuk ADUN dan beli bahan untuk ubahsuai rumahdipercayai rumah ADUN Kelantan. Watak tauke sama terlibat memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri. Jika salah mohon MB nafi... 
derma ke sekolah pondok untuk kurangkan pembayaran premium ? Adakah ini benar dan apa keputusannya ? Derma diterima? Premium dikurangkan ?
Maka kita mohon semua pihak dapat menyebar luaskan E Booklet yang SAMM terbitkan ini khususnya kepada pengundi Sg. Besar dan Kuala Kangsar. E - Booklet ini boleh dimuat turun secara percuma dan untuk membantu aktiviti SAMM boleh terus salurkan ke akaun Maybank "Solidariti Anak Muda" no. akaun : 555041113224

Buat pengundi Sg. Besar dan Kuala Kangsar yakinlah pilih Pas sama seperti memilih Umno/Bn.


che'Gubard, SAMM

untuk dapatkan versi cetak sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/adakah-laporan-rasuah-saya-ke-atas.html

4 comments:

  1. Kalau suruh disebarkan kpd pengundi k kangsar dan sg besar maknanya ini hanyalah bertujuan bermain politik.. so sbb tu SPRM tak bertindak kerana tiada keseriusan dlm tindakan membongkar skandal balak Kelantan (kalau wujud)..

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:37 PM

    An anonymous 6.44am : tak serius ? Nak serius mcm mana ? Dh bg sprm dan AG sejuk beku ... maka cetak lah bg pd rakyat ... apa pun SAMM saya sokong ... dedahkan penyelewengan tak kira bn ke pembangkang

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:00 PM

    Mengapa SAMM hanya menyiasat Kelantan tetapi membiarkan skandal balak berleluasa di negeri-negeri lain? Ada apa-apa ke? Adakah menyiasat skandal balak di negeri Be End boleh menyebabkan kesan 'alahan' kepada pemimpin SAMM?

    Kalau benar SAMM nak menyiasat kes balak, sila siasat semua negeri bukan pilih kasih! Kalau boleh hentikan semua kerja pembalakan kerana kesan buruknya ke atas alam sekitar! SAMM ada berani ka?

    Adakah bukti-bukti yang SAMM serahkan kepada SPRM bukan bukti tetapi dakwaan yang diragui oleh SPRM.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:40 AM

    Ala...ni politik murahan...nk up balik name chegu bard...itu je...layan je la chegu bard ni...sian die

    ReplyDelete