Thursday, June 23, 2016

Muhyiddin harus jawab namun taktik serangan peribadi dikecam

Kenyataan Umum

23 Jun 2016

1. Sekali lagi apabila berlaku pertembungan politik khususnya melibatkan Umno maka serangan peribadi dijadikan antara senjata politik. Tindakan ini sebenarnya membawa politik Malaysia mundur. Sepatutnya jika ada masalah pertembungan ia harus diperdebatkan secara tuntas dan biar rakyat menilai. Sama ada mencari titik temu atau siapa benar / salah atau mencari jalan yang terbaik untuk rakyat itu harus berlaku.

2. Terbaru, sejak minggu lepas tersebar apa yang saya sifatkan sebagai serangan peribadi kepada Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri. Bukan sahaja tersebar di laman sosial malah saya sendiri dihantar satu salinan yang dikatakan akuan bersumpah seorang lelaki yang bernama Stenley Clement Augustin , seorang bekas Timbalan Pendakwaraya, yang dikatakan membuat akuan bersumpah tersebut sebagai bahan sokongan dalam kes penceraian dia dengan isterinya Nika Gee Siew Yee. Di mana dalam akuan bersumpah tersebut menyatakan dengan jelas mengenai hubungan isterinya Nika dengan (Tan Sri) Muhiyuddin Yassin sejak menjawat jawatan Menteri Besar Johor. Ini serangan peribadi yang sangat jijik oleh musuh politik.

3. Namun dalam akuan bersumpah ini, lelaki tersebut turut menyatakan isterinya memperolehi hak pembangunan kawasan perumahan di atas tanah kastam milik kerajaan negeri. Malah dinyatakan juga ketika Muhyiddin menjadi Menteri Belia dan Sukan , isterinya mendapat hak penswastaan Kompleks Sukan Kampung Pandan, KL. Menurut Stenley semua ini diperolehi isterinya kerana hubungan intim dengan Muhyiddin.

4. Apa pun Muhyiddin harus tampil memberikan penjelasan bukan sekadar penafian kosong semata - mata. Benarkah projek yang disebut oleh Stenley benar melibatkan Nika secara langsung atau tidak langsung ? Kes berkaitan penceraian Stenley dan Nika kini sudah difailkan di Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, kes yang dijadualkan dibicarakan dihadapan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad sehingga kini masih tidak mendapat tarikh perbicaraan lagi. Dihebahkan di media sosial juga ada usaha bagi mendesak penyelesaian luar mahkamah. Jika Muhyiddin tidak memberikan penjelasan dan kes ini pula diselesaikan diluar mahkamah maka sudah tentu ada satu misteri akan terus menjadi tanda tanya. Perihal kes peribadi dan Muhiyuddin diserang ia sangat memualkan tetapi bagi kes pemberian kontrak dan projek itu rakyat berhak persoalkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)




1 comment:

  1. Anonymous11:42 PM

    Agaknya muhyidin dah faham tak apa yg anwar lalui skrg? Lps ni skandal mahathir pula?

    ReplyDelete