Friday, June 17, 2016

Kenyataan Zahid Hamidi Mahu Memperbodohkan Rakyat

Kenyataan Media
17 Jun 2016

Kenyataan Zahid Hamidi Mahu Memperbodohkan Rakyat

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan wang RM 12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada April lalu adalah bukan wang tebusan tidak menjernihkan keadaan. Sebaliknya ia adalah satu kenyataan lucu yang hanya mahu memperbodohkan rakyat.

Jika Zahid menyatakan wang tersebut disalurkan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam yang tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas atau penjenayah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Zahid untuk mendedahkan nama badan tersebut dan menunjukkan bukti transaksi penyaluran wang tersebut kepada akaun badan yang sah dan berdaftar di Filipina tersebut.

Zahid tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika mahu memberikan sumbangan kepada badan tertentu, mengapa Kerajaan tidak mencari jalan untuk mengumpulkan dana untuk tujuan sumbangan tersebut? Malahan Zahid juga boleh menjualkan koleksi kereta peribadinya bagi mencukupkan jumlah RM 12 juta yang ingin diberikan kepada badan tersebut.

Paling tidak pun, Kerajaan sepatutnya menggunakan sedikit derma yang diberikan oleh Kerabat DiRaja Saudi untuk tujuan ini. Sebaliknya keluarga mangsa terpaksa berhempas pulas mengutip derma sehingga sejauh negara China dan terpaksa menjual rumah untuk mengumpul wang RM 12 juta seperti yang dipinta.

SAMM berpandangan Zahid tidak perlu mengeluarkan apa-apa komen yang langsung tidak menambah baik keadaan. Setiap komen-komen yang lucu sebegini hanyalah satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat semata-mata. Tidak perlu ditambah persepsi dan inspirasi kepada pihak pengganas untuk menerobos sempadan negara dan menculik mana-mana rakyat lagi nanti.

Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menghentikan sepenuhnya kegiatan penculikan di perairan Sabah. Insiden demi insiden penculikan yang berlaku hanyalah semakin menyerlah kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam menjaga keselamatan sempadan negara. Zahid dan Hishamuddin adalah dua Menteri yang gagal dalam perkara ini.

Sekian,
Che'GuBard, SAMM

kenyataan lanjut di http://chegubard.blogspot.com

4 comments:

  1. Anonymous8:40 AM

    yang bodoh ialah mengaku bagi duit tebusan 12 juta supaya selepas ini lebih ramai rakyat malaysia dicolek untuk dapatkan lebih banyak duit tebusan. ada akal ke kalau terus akui duit 12 juta dibayar sebagai tebusan? patutnya awak cari la isu lain, jangan perjudikan nasib rakyat yang mungkin akan jadi mangsa penculikan seterusnya kerana mudahnya dapat duit tebusan berjuta-juta. biarlah bodoh tu bertempat, bukan asal ada tempat adalah bodohnya. diam adalah dinding kepada kebodohan.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:06 PM

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:20 PM

    Memang kenyataan yang tak diterima akal.
    4 Rakyat Malaysia di colek.
    Kutip derma termasuk dari keluarga mangsa colek selaku wang tebusan.
    Wang dibayar kepada Badan Kebajikan di Filipina bukan kepada kumpulan pencolek.
    Soalan : Apakah Pencolek menjadi AGENT badan kebajikan untuk dapatkan wang.
    Ini business macam 1MDB, wang pusing-pusing.
    Jawapan : Berbagai cara rompak wang Rakyat.

    Ada maruahkah?

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:19 AM

    umno je mesti bodoh

    ReplyDelete