Monday, December 21, 2015

Persatuan Kontraktor juga nyatakan RM9.7juta untuk 'facelift' pintu gerbang tidak masuk akal.


21 Disember 2015

1. sudah beberapa minggu sejak saya bangkitkan projek (facelift) pintu gerbang RM9.7 juta telah menarik perhatian orang ramai. Terbaru ia bukan sahaja menjadi bualan orang politik semata mata tetapi mengundang respon 2 persatuan kontraktor turut menyatakan jumlah tersebut 'tidak masuk akal'.

2. Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor India Malaysia, K Kanthasamy dilaporkan media menyatakan jumlah tersebut membazir, katanya dengan jumlah RM9.7 juta tersebut boleh dibuat sebuah sekolah rendah pun. Jamaluddin Non , Penolong Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia juga menyatakan ia jumlah yang melampau.

3. Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan masej khususnya melalui aplikasi whats app menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh Khalid Ibrahim. Ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma dimana nama penderma akan ditulis di tiang pintu gerbang tersebut. Proses pilih kontraktor pula diletakkan kepada JKR.

4. Respon saya mudah iaunya bukan siapa lulus, adakah kalau bukan Azmin lulus maka ia jadi halal ? Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai Umno guna nama Istana untuk berselindung. Jawapan derma lebih jenaka kerana nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan , kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama.  Siapa dapat dan proses tender juga belum lagi ditimbulkan, peringkat sekarang ialah nilai RM9.7 juta adakah wajar untuk facelift pintu gerbang, katanya denggan lampu dan siap sedikit pokok bunga pun harganya tidak wajar.

Dalam perihal menggunakan nama Sultan sebagai jawapan saya cabar pihak berkenaan membuat kenyataan rasmi terbuka agar mudah dijawab. Keratan Whats App kuncu Azmin dalam mengait Sultan ini masih saya simpan.

5. Sejak ditimbulkan isu ini saya turut mendapat rungutan kepada pengguna lebuhraya tersebut khususnya pengguna bermotorsikal, katanya malam kawasan tersebut gelap dan tidak ada pengawal pun. Tanda keselamatan kurang. Mula timbul pertanyaan, kontraktor dapat RM9.7 juta untuk facelift tak kanlah kerja lebih kurang kecualilah ia disub berlapis lapis sehingga yangs ebenar membuat kerja dapat sikit sahaja. Isu keselamatan projek RM9.7 juta ini sewajar turut menarik perhatian ramai kerana semalam sebagai bukti ia tampa kawalan apabila ada mayat seorang lelaki dijumpai tergantung.

Akhirnya isu ini bukan isu individu tetapi isu pentadbiran. Bukan siapa lakukan tetapi apa yang dilakukan.

Tidak kiralah Khalid atau Azmin, Bn atau bukan Bn....jika ia ada yang tidak kena wajar kita suarakan, jangan sesekali ada sikap kalau 'orang kita' jangan kita hebahkan.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard

No comments:

Post a Comment