Tuesday, December 08, 2015

Mac 2016 tarikh mula perbicaraan

Catatan Umum

8 Disember 2015

Pagi ini saya muncul di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya untuk dibacakan pertuduhan kerana dituduh menjadi penganjur Himpunan 'haram' 25 Mei 2013 berkaitan protes penipuan PRU 13 (Blackout 505). Pertuduhan yang berkaitan akta perhimpunan aman ini merupakan pertuduhan semula yang mana saya telah dilepaskan sebelum ini.

Saya mengaku tidak bersalah dan saya tegaskan pertuduhan ini merupakan pertuduhan terpilih dan berniat jahat.

Semenjak semalam ketika mendapat pesanan dari Peguam Haijan saya telah maklumkan bahawa saya tidak akan membayar satu sen pun kepada mahkamah sebagai wang jamin saya mendapat banyak masej dan panggilan telefon dari mereka yang tak dikenali dan mereka yang dikenali menawarkan wang jamin. Sejak awal saya tegaskan saya tak memerlukan wang yang saya perlukan ialah apa yang negara perlukan ketika ini iaitu kemunculan fizikal secara keras dan tegas menentang kezaliman dan kemunafikan dalam politik negara yang membodohkan rakyat dan menghancurkan tanah air.

Setelah dihujahkan oleh peguam akhirnya mahkamah menetapkan bahawa tidak ada sebarang bentuk jaminan dikenakan dan perbicaraan akan bermula pada pertengahan Mac 2016.

Saya ucap terima kasih kepada semua yang sedia tampil membantu, yang berdoa dan juga yang hadir pagi ini beberapa komrad SAMM, Dato Tasleem (NGO Jihad for Justice) dan bekas Exco Kerajaan negeri Selangor Sdr Ronnnie Liu dan teman - teman lain.

T.Kasih juga buat Peguam YB Gobind Sigh yang akan mengetuai pasukan pembelaan bersama Peguam Haijan yang mana pendakwaan diwakili oleh Ketua Unit Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sendiri.

Sebaik sahaja meninggalkan bangunan mahkamah saya mendapat panggilan telefon daripada Pegawai Polis dari IPD Dang Wangi untuk melapor diri bagi dirakam percakapan kerana ada laporan polis ke atas saya. Saya tetapkan Khamis sebelum tengahari kerana esok Rabu (9 Disember) saya akan ada sesi rawatan susulan di Columbia Asia, Seremban selepas baru keluar wad Ahad lepas.

Kepada Peguam Negara kamu sedang memulakan langkah dengan salah. Gaya bodek kamu dengan menggali kes yang tidak sepatutnya sebenarnya mempercepatkan 'tergulingnya' bos yang kamu bodek itu.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment