Friday, November 20, 2015

Azmin dan Zaidy harus tampil perjelas pembaziran RM9.7 juta untuk pintu gerbang.

Kenyataan Umum

20 Nov 2015

RM9.7 juta hanya untuk pintu gerbang satu pembaziran

1. Selama ini kita disajikan perbagai pembaziran oleh kerajaan Bn, malah salah satu punca Bn tumbang di Selangor ialah kerana pendedahan pembaziran dan kebocoran wang rakyat. Namun sangat terkejut membaca berita sebuah portal yang melaporkan pembaziran RM9.7 juta wang rakyat Selangor hanya untuk menaik taraf pintu gerbang. Sila klik sini

2. Selepas Menteri Besar gagal menjelaskan rasional penubuhan syarikat RM2 untuk mengawal aset Selangor. Menteri Besar yang hanya mampu menjawab bahawa kononya DEIG tidak beroperasi lagi malangnya dengan rekod pernah memohon pinjaman awal sebelum itu jelas MB menipu.Itu belum lagi apabila muncul ura - ura kenaikan tarif air yang mengecewakan rakyat. Bayangkan pula jika skandal agihan zakat yang dikumpul dari Selangor yang diagih ke seluruh negara melalui penyokongnya Azmin Ali dalam PKR pula terdedah secara terperinci pasti akan menyesakkan nafas anak Selangor yang sememang terhimpit dengan perbagai kenaikan kos hidup. Itu juga belum menyebut kelulusan membina lebuhraya bertol yang diberi baru ini kepada syarikat swasta dan kegagalan Kerajaan Selangor melalui Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik mewakili pegangan saham rakyat Selangor dalam beberapa syarikat konsesi tol dalam menghalang kenaikan tol.

3. RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah yang dilantik kerana rakyat mengundi bukan Barisan nasional tetapi ia jumlah besar bagi marhaen biasa. Berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka. Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidi dari Pas telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang. Ia sungguh memilukan. Tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender syarikat dengan nama istilah arab tersebu atau bagaimana sumber buget tersebut, tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang ?

sekali lagi saya ulang jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk.... ia hakikat menyakitkan... ini hanya yang terdedah melalui media apa lagi yang belum terdedah ?

4, Ini jelas adalah selama ini yang kita sebut perangai Umno. Mohon PKR sebuah parti yang diyakini mampu menerajui Malaysia, sebuah parti yang begitu dekat di hati rakyat kerana isu porpular dalam memberi harapan kepada rakyat..... Mohon untuk bertindak segera.

akhir sekali saya berdoa agar berita RM9.7 juta tersebut tidak benar dan rekaan semata - mata sebab bukan sahaja penyokong biasa kecewa, malah saya ahli seumur hidup PKR juga kecewa.

Sekian

cheGuBard
Ahli seumur hidup PKR.

Nota : teringat cheGuevara bila ada kuasa tutup padang golf bina sekolah seni kebangsaan atas padang golf dan beri pendidikan percuma

No comments:

Post a Comment