Sunday, September 20, 2015

SAMM akan gunakan persidangan parlimen akan datang untuk desak kerajaan dedahkan tembelang Mahathir dalam PPA dan perjanjian gelap konsesi tol.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggunakan persidangan parlimen akan datang untuk mendesak kerajaan mendedahkan tembelang Mahathir khususnya dalam melindungi proksinya dibawah perjanjian IPP dan perjanjian gelap konsesi tol.

SAMM akan mengasak Kerajaan untuk menye­mak semula perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang ditandatangani pada 31 Mac 1993 kerana menyebabkan pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan tarif elektrik setiap tahun.

Kesan perjan­jian itu turut menye­babkan Tenaga Nasio­nal Berhad (TNB) dan Petroliam Nasional Ber­had (Petronas) gagal mencatat keuntungan yang lebih tinggi ekoran pemberian subsidi kepada lima syarikat IPP.

Berdasarkan kontrak perjanjian tersebut, kesemua IPP itu berperanan membekalkan 32 peratus bekalan elektrik kepada grid nasional untuk tempoh 21 tahun dengan jaminan pulangan oleh kerajaan sebanyak 20 peratus.

Kontrak perjanjian itu turut mewajibkan TNB membeli tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu 16 seunit per kilowatt-jam (kWh) sedangkan syarikat utiliti negara itu boleh menghasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah sebelum menjualnya kepada pengguna pada kadar 17kWh.

Keadaan ini menyebabkan TNB terpaksa mengenakan harga sebanyak 30 sen selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan lain-lain, akibatnya pengguna menjadi mangsa menanggung tarif elektrik yang meningkat.

Lima syarikat IPP ter­sebut adalah YTL Power Generation Sdn. Bhd., Segari Energy Ventures Sdn. Bhd., Port Dickson Power Bhd. (PDP), Power­tek Bhd., Genting Sanyen Power Sdn. Bhd.

Perjanjian itu turut menyebabkan kos operasi TNB mengalami peningkatan seba­nyak dua peratus iaitu RM16.974 bilion pada 2009 kepada RM17.379 bilion pada 2010 akibat membeli elektrik daripada IPP.

Petronas sepatutnya mampu mencapai keuntungan yang berlipat kali ganda tetapi subsidi gas yang bernilai berbilion ringgit untuk IPP dan TNB itu telah menjejaskan keuntungan bersih syarikat minyak ne­ga­ra tersebut.

Daripada jumlah terkumpul subsidi gas Petronas RM116.4 bilion sejak 1997 hingga tahun kewangan 2010, sebanyak RM50 bilion diagihkan kepada IPP, TNB (RM37.3 bilion) dan lain-lain perindustrian (RM29.8 bilion).


Ia menjerut rakyat dimana kenaikan tarif elektrik adalah berkait rapat kerana TNB terpaksa menanggung IPP ini umpama biawak hidup. Dalam keadaan kerajaan menarik perbagai subsidi kepada rakyat tetapi kerana perjanjian gelap berat sebelah ini kerajaan terpaksa terus wajib memberikan subsidi kepada IPP dibawah PPA

Ini malapetaka yang dibuat dizaman Mahathir dan sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB. 

Soalanya SAMM yang akan dimasukkan melalui ahli parlimen ialah : 

apakah usaha kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri kini merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang jelas merugikan negara dan rakyat ? Atau adakah usaha meminda mana - mana undang - undang bagi mengekang perjanjian berat sebelah mengkayakan kroni tertentu dibawah Mahathir atau sekurang - kurangnya didedahkan perjanjian tersebut kepada rakyat ?

Selain itu SAMM juga akan turut mendesak isu berkenaan pihak konsesi tol yang diberi perlindungan untuk melanun disiang hari melalui perjanjian di zaman Mahathir.

Ketika negara di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad banyak perjanjian (yang dirahsiakan) begitu berat sebelah yang akhirnya sehingga kini merugikan negara dan menjerut rakyat. Antara perjanjian tersebut ialah perjanjian konsesi tol yang jelas menguntungkan pemodal besar.  Antara Kesilapan jelas  kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya ialah tidak menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.

Didapati dengan jelas syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja awal, pemilik konsesi menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang .Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan. Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan. 

Tahun lepas Tan Sri Muhiyuddin Yassin (timbalan perdana menteri ketika itu) mengumumkan bahawa jemaah menteri telah membuat keputusan tidak membenarkan pihak konsesi tol menaikkan harga tol tetapi untuk itu kerajaan terpaksa membayar tidak kurang dari RM400juta. Ia tetap sama sebenarnya RM400 juta itu juga wang rakyat. Persoalanya kini perjanjian Tol di bawah pemerintahan Dr. Mahathir seperti memberikan lesen kepada sekumpulan pemodal besar melanun rakyat dan negara ini. 

Soalanya ialah apa usaha kerajaan secara serius dibawah pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merunding semula perjanjian ini yang jelas berast sebelah dan menguntungkan pihak pemegang konsesi, atau adakah usaha meminda mana - mana undang - undang bagi mengekang perjanjian itu atau sekurang - kurangnya dedahkan butiranya kepada rakyat biar rakyat membuka mata bagaimana kerajaan di bawah Mahathir membuat perjanjian mengkayakan 'kroni" ? 

Seperti menjadi fonomena sekarang ini apabila pihak konsesi tol menutup berperingkat lorong bayaran tunai. malah beberapa plaza tol sudah pun menggunakan bayaran elektronik (smart tag atau tourch n go) sepenuhnya. Kesanya ialah rakyat yang sememangnya sudah terhimpit dengan perbagai kenaikan kos terpaksa mengasingkan sebahagian tunainya untuk 'top up' kad tourch n go mereka. Berapakah wang rakyat seluruh negara yang tersimpan sebagai top up atau 'credit' dalam akaun tourch n go pada satu satu masa sebelum digunakan di plaza tol. Jika ia diperniagakan atau disimpan di mana - mana institusi kewangan pasti akan membawa sedikit keuntungan. namun selain sistem rebet tunai (plus smile- yang hanya melibatkan kenderaan persendirian kelas 1 dan motor sikal sahaja) tidak ada pulangan kepada pengguna. Malah dengan penggunaan lorong elektronik ini akan mengurangkan kos 'pekerja' syarikat konsesi tol. 

Berapa ramai pekerja terjejas kerana penutupan lorong tunai ini dan berapa peningkatan keuntungan pihak konsesi perolehi atau pihak pengendali kad tourch n go perolehi ? adakah kerajaan memantau keluhan rakyat ini yang terdiri dari penggua lebuhraya dan pekerja syarikat konsesi tersebut diseluruh negara.

sila klik untuk membaca lanjut apa dia kempen sudahlah Mahathir : http://chegubard.blogspot.my/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html

sila klik sini untuk bantu projek blue print Jalur Perubahan  :  http://chegubard.blogspot.my/2015/09/mohon-beli-buku-ini-sambil-membantu.html

No comments:

Post a Comment