Wednesday, July 08, 2015

Pelancaran Booklet Dalil Kes Anwar Versi E-Book

Kenyataan Umum
7 Julai 2015
Pelancaran Booklet Dalil Kes Anwar Versi E-Book
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun menerbitkan sebuah booklet Dalil Kes Anwar selepas 10 hari keputusan kes konspirasi fitnah II Saudara Anwar Ibrahim. Booklet bersaiz poket yang ringkas dan padat diterbitkan sebagai bahan pencerahan minda rakyat Malaysia terhadap kezaliman dan ketidakadilan yang terpaksa ditanggung oleh Saudara Anwar dan keluarganya kerana memperjuangkan keadilan sosial buat semua rakyat Malaysia.
Sehingga kini, SAMM telah berjaya mencetak 100,000 buah booklet ini termasuk 50,000 buah versi istimewa Ramadhan. Booklet versi istimewa Ramadhan ini juga telah habis diedarkan ke seluruh tanahair dengan penumpuan kepada penjawat-penjawat awam. SAMM ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membantu kami menampung kos percetakan booklet ini.
Walaupun begitu, SAMM menyedari masih ramai lagi kalangan rakyat yang berminat untuk mendapatkan booklet ini. Oleh itu, SAMM dengan ini melancarkan booklet Dalil Kes Anwar - Konspirasi, Kezaliman, Fitnah versi elektronik. Layari laman portal www.anakmudamalaysia.com/e-booklet untuk muat turun E-Book Dalil Kes Anwar. SAMM juga menggalakkan seluruh rakyat untuk terus mencetak booklet ini dan diedarkan di kawasan masing-masing.
Semoga usaha kecil kita bersama-sama ini akan membawa sinar harapan baru kepada negara tercinta ini. SAMM juga ingin menyatakan sokongan dan dokongan kami kepada keluarga Saudara Anwar Ibrahim dan gerakan‪#‎March2Freedom‬. Semoga kalian sabar dan tabah menyusuri dugaan kali ini.

1 comment:

  1. Terima Kasih Daun Keladi.. Kalau boleh yang Mahathir pun kasi free download mcm ni...kalau boleh la...

    ReplyDelete