Saturday, January 31, 2015

Penebangan Hutan Faktor Banjir Di Kelantan – SAM

KUALA LUMPUR – Aktiviti pembalakan atau penebangan hutan bagi tujuan perladangan antara faktor banjir luar biasa melanda Kelantan akhir Disember lalu. Aktivis Sahabat Alam Malaysia (SAM) Sharmila Ariffin berkata, jumlah penebangan hutan di Kelantan adalah paling tinggi di Semenanjung.
Beliau berkata, pada 2014, kerajaan negeri memiliki 162,000 hektar tanah yang diklasifikasikan sebagai perladangan balak.
“Kawasan perladangan yang sudah dibersihkan, hasil balak serta kawasan belukar yang diambil menyebabkan kawasan tanah menjadi rata dan gondol,” katanya dalam forum ‘Banjir di Kelantan: Takdir atau kebetulan?’ malam tadi.
Forum tersebut dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sementara itu, bekas ketua pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Fuad Abdul Rahman berkata, aktiviti penebangan hutan tidak terkawal menyebabkan tanah terhakis membuatkan sungai semakin mendap.
Balak dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda Kelantan akhir Disember lalu“Apabila lapisan tanah atas terhakis, tanah tidak lagi mampu menyerap hujan bila berlaku hujan lebat dan ini menyebabkan paras sungai melimpah dan menyebabkan banjir. “Keadaan itu berlaku di sekitar Sungai Kelantan apabila hutan dibersihkan dan tanah yang terhakis masuk ke dalam sungai,” katanya.
Balak dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda Kelantan akhir Disember lalu
Beliau berkata, kemusnahan alam sekitar boleh dikurangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasa atau mensyaratkan penebangan hutan perlu pelan kawalan hakisan tanah.
Jelas Fuad, sebelum ini pihaknya telah menyerahkan hasil kajian mengenai kemusnahan alam kepada kerajaan Kelantan untuk tindakan lanjut demi kepentingan semua termasuk kesejahteraan rakyat.
“Tetapi pegawai berkenaan memberitahu amat sukar untuk Kelantan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal hakisan dan mendapan,” katanya.
kj_012
Tambahnya, kegagalan memantau kerja tanah serta menghalang hakisan tanah menyebabkan aliran air tersumbat sekali gus menjadikan keadaan lebih buruk terutama apabila berlaku hujan lebat.
“Badan penguatkuasaan terletak dibawah PBT. Tetapi selalunya mereka tidak ada kesedaran atau kapasiti untuk melaksanakan penguatkuasaan jadi mereka menyerahkan beban kepada JPS sedangkan JPS ini hanya boleh bertindak sebagai badan penasihat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment