Sunday, September 21, 2014

Tahniah SPRM harap teruskan kepada Jerung lebih besar

Kenyataan Umum

21 September 2014


Tahniah SPRM harap teruskan kepada Jerung lebih besar

Seminggu dua ini perhatian rakyat ditarik kepada perkembangan tangkapan rasuah libat Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Tangkapan seolah 'crackdown' melumpuhkan rangkaian sindiket besar yang telah sekian lama beroperasi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhatikan dengan penuh minat dan dekat perkembangan ini.

SAMM ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha serius ini dari pihak SPRM sehinggalah pihak Kastam sendiri juga orang ramai yang memberikan kerjasama sehingga terbongkar dan tertangkapnya skandal besar yang merugikan negara ini. Sedar ini bukan operasi biasa yang menahan pegawai bawahan tetapi turut mengheret pegawai kanan bergelar Datuk.

Mungkin jangka pendek dari aspek imej ia agak sedikit mencalar namun SAMM juga mengajak semua melihat ia dari aspek positif, ia bukan sahaja menunjukkan keseriusan kerajaan menangani ketirisan kehilangan wang negara berikutan kegiatan rasuah dan ke arah mempertingkatkan integriti negara, cuma SAMM berharap tangkapan dan operasi seperti ini tidak terhenti di peringkat itu atau di Jabatan Kastam sahaja. Yakin banyak lagi ruang tindakan serius.

Kepada semua pihak jadikanlah apa yangberlaku ke atas pegawai - pegawai kanan tersebut sebagai sempadan dan contoh. Apa nasib anak isteri mereka, kerana kemewahan sekejap maruah dan masa depan keluarga diperjudikan.

Operasi ini juga dianggap tepat dengan masanya dimana isu cukai sudah tentu menjadi perhatian khusus menjelang Belanjawan 2015 yang akan dibacakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi di Parlimen Malaysia. Ini membawa erti bukan sahaja kenaikan cukai perlu diberikan perhatian untuk menambah pendapatan negara tetapi penguat kuasaan tegas juga mampu menambah pendapatan negara.

Sekali lagi SAMM mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan berharap ia tidak terhenti di peringkat ini sahaja. Bagi SAMM banyak ruang kelemahan yang boleh diperbaiki tetapi untuk operasi serius besar ini penghargaan harus diberikan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

  1. Anonymous10:14 PM

    allah ada lagi mamat yang bansat otak ya jerung besor apa ke jadah nye. kes kapal salam najib tak telor dia nak tangkap

    ReplyDelete