Tuesday, August 26, 2014

Bukan mc D tetapi MiTi (kerajaan Malaysia) sasaran sebenar : Henti hubungan dagang yang jadikan Malaysia negara munafiq

Kenyataan Media
26 Ogos 2014

Aksi #PagarMiTi298 Hentikan Hubungan Dagang M'sia-Israel Harus Bertaraf Dunia

Ketika kenyataan media ini dibaca, negara Palestin khususnya Gaza masih lagi dihujani dengan serangan bom yang mengorbankan orang awam yang tidak bersalah. Maka sesuatu perlu dilakukan segera, tekanan yang berstrategi wajar dilancarkan.

Negara haram Israel terus hidup kerana adanya sebuah negara munafik yang membekalkan bahan mentah keperluan industri seperti minyak sawit, minyak sayur, koko, getah dan pelbagai lagi bahan mentah. 

Ekonomi negara haram Israel juga diperkukuh apabila negara munafik ini membenarkan perdagangan dua hala secara langsung dan tidak langsung menjadikan lebih banyak dana termasuk dana persenjataan diguna untuk membedil anak Palestin dan perluasan kuasa. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten telah membuat pendedahan demi pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel. Ia termasuklah pendedahan komponen buatan Israel yang diimport masuk dan juga pendedahan kabinet negara dan syarikat GLC yang menggunakan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS) yang menyumbang hingga ratusan juta ringgit.

SAMM pada dasarnya berpendapat, menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel khususnya apabila tiada lagi bahan sumber asli tanahair dihantar ke Israel.

Malah pada tanggal 6 ogos yang lalu, SAMM telah melontarkan cabaran untuk satu demonstrasi besar diadakan pada sasaran yang tepat, iaitu Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertempat di Jalan Duta. 


Akhirnya SAMM dan rakan sekutu mencapai kata sepakat bersedia menganjurkan demonstrasi beserta penyerahan memo seperti berikut;

Penyerahan Memorandum 'Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel'

Tarikh              : 29 Ogos 2014
Masa                : 2.30pm (mula selepas solat jumaat di Masjid Wilayah Jalan Duta)
Lokasi             : Dari Masjid Wilayah menuju pejabat MITI Jln Duta.
Hashtag           : #PagarMiTi298

Penafian kemanusiaan buat rakyat Palestin ini juga merupakan isu yang merentasi batas kaum dan agama.

SAMM dan rakan sekutu juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari NGO yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestine. Inilah aksi sebenar yang wajar disokong oleh semua pihak sebagai isyarat hubungan dagang antara Malaysia-Israel harus dihentikan segera.

Aksi #PagarMiTi298 ini juga dijangka mendapat liputan dari seluruh dunia. 

Sekian,



che'GuBard
Pengasas SAMM
Mewakili kumpulan NGO Menuntut Perdagangan M'sia-Israel dihentikan.

No comments:

Post a Comment