Saturday, November 16, 2013

Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara

Kenyataan Terbuka
15 November 2013
Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini telah mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Pejabat Peguam Negara (AG) dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal-siasat. Ia ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua agen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (Bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan, pihak polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan. 

SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Justeru itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan polis akan dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) esok (16 November) secara serentak di seluruh pelusuk negara.

Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM P.Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak. SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini.

Sekiranya pihak polis masih lagi bermain wayang dan tidak bertindak sewajarnya, maka pada tarikh 24 November (Ahad) akan datang, SAMM seru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai berkumpul di depan IPD Dang Wangi untuk memberi tekanan yang jauh lebih serius.

 ESOK 16 Nov. : Lokasi dan jam laporan polis mendesak agar AG disiasat berhubung dakwaan terdapat ajen risikan CIA di seluruh negara:

1. Penang : Balai Polis Bayan Baru jam 11pg

2. Kedah : IPK Sungai Petani jam 2ptg

3. Pahang : IPD kuantan jam 2ptg

4. Sarawak : Balai Polis Padang Sentral Kuching jam 2ptg

5. Johor: Balai Polis Uda, jam 5ptg

6. Terengganu: IPD K. Terengganu


 klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

1 comment:

  1. Anonymous9:24 PM

    siapa sumber mahathir ni...? hanya mendengar tapi tiada bukti...kah kah kah kah...takde bukti jgn cakaplah..apapon madey harus bertanggungjawap perbuatannya sendiri...siapa sumber perisikan mahathir ?

    ReplyDelete