Saturday, June 08, 2013

'usrah' SAMM di Alor Setar lepas tengah malam

Ramai tanya macam mana SAMM mengikat gerakan, che'GuBard jawab kami usrah, tapi tak pakai jubah dan serban mungkin tak boleh panggil usrah.... nak kata kelas tak ada meja kerusi tak kira tempat....

Ke mana saja pergi panggil kawan - kawan melepak bincang satu tajuk mengenai gerakan.

Contoh 30 Mei lepas kebetulan ke Alor Setar kerana 'tangan kanan' che'GuBard buat Majlis Kahwin, bawa keluarga sekali .... lepas layan keluarga hantar balik homestay yang kenalan sedeqah pakai... terus bersama MQ ke Dataran depan Masjid Zahir...dia dah susun awal penggerak anak muda untuk 'berusrah' sampai awal pagi di sana. Banyak yang dibincang dan banyak idea baru muncul. Cuma agak beberapa kali terganggu bila ada beberapa 'elemen dasyat' melintas.

yg terbaring nampak kepala tu belum mati tetapi Sani yang dah keletihan

sebahagian yang hadir dan berani bergambar, ternyata Sani yang dah lena pun boleh bangun

Beginilah SAMM mengikat tali adik beradik dalam gerakan, kami tidak ada struktur, kami tidak ada apa....cuma kami ada semangat dan ruh kepercayaan tanahair ini perlu diselamatkan!

 kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

No comments:

Post a Comment