Wednesday, April 10, 2013

Salahguna jentera kerajaan Bn bukti Bn tak mampu ; sudah tak mampu bersikap 'gangster pula.


Pada 8 April 2013 dalam kawasan Pilihanraya Batu jelas kelihatan tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN untuk kawasan parlimen di situ.

Kenderaan ini bagi memasang pembesar suara dan membawa petugas kementerian bagi membantu jentera Bn. Ini satu pencabulan demokrasi dan penyalahgunaan wang rakyat yang serius. Ia bukan kes terpencil tetapi ia merupakan amalan salah yang menjadi budaya oleh regim Bn.

Amat malang sekali apabila budaya amalan salah ini dipertahankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang dengan jelas mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu dalam, satu temuramah yang dilakukan oleh Malaysiakini.

Beliau berpendapat, salahguna kuasa ini halal kerana BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian.

 Bukan itu sahaja ketika wartawan Malaysiakini hadir meminta penjelasan penganjur program Bn di parlimen Batu yang jelas menyalah guna jentera awam dan harta rakyat, wartawan Malaysiakini diugut ala samseng.

Menurut laporan Malaysiakini, Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

No comments:

Post a Comment