Sunday, February 10, 2013

Antara penyelewengan dan salah guna kuasa Dr.M

buku yang diharamkan penjualanya di Malaysia
merakamkan banyak salah laku Mahathir
Senarai sebahagian kecil penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
    * Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    * 
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    * 
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    * 
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    * 
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
    *
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN

    * Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
    * Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
    * Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
    * Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
    * Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
    * Memaksa Petronas membeli saham Proton.
    * Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
    * Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
    * Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
    * Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
    * Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.

4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:


    * Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
    * Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
    * Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).

5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa

    * Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
    * Mengganggu penyiasatan BPR
    * Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
    * Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

    * Keruntuhan makmal computer;
    * Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
    * Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
    * Keretakan PULAREK; dan
    * Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    * Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
    * Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
    * Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
    * Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
    * Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
    * Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
    * Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
    * Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
    * Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

    * Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
    * Kerugian pelaburan Tabung Haji;
    * Kerugian RM15b Bank Negara;
    * Kerugian RM40 juta AIM;
    * Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
    * Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat Islam

    * Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
    * Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
    * Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
    * Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
    * Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera

    * Menutup dua MRSM di Terengganu;
    * Menutup sekolah agama rakyat; dan
    * Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

    * Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
    * Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
    * Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
    * Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
    * Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas

24 comments:

  1. Anonymous10:10 PM

    Terbaru, tak de dlm buku tu, pemberian mykad kpd pati di sabah. Hukum sula je mamak sekoq ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:51 AM

    Skrg, kita dlm kerajaan sementara, edarkan cepat2 buku tu. Biar rakyat ramai tahu,terutama penyokong2 umno bn, yg mana punggung mahathir nak dijilatnya.

    ReplyDelete
  3. Aku cadangkan satu kes sabit, potong satu sendi tulang dia... Tak sempat habis bicara confirm dah tak rupa orang...Harus boleh bungkus macam vietnam jual kain daa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:49 AM

      doakan semuga ALLAH turunkan murka kpd si madey kutty ni didunia lagi supaya rakyat semua dpt mengaksikan segala kerja tangan jahatnya.Madey Kutty manusia latnatullah serupa macam Ariel Sharon dn HOsni Mubarak

      Delete
    2. Anonymous9:12 AM

      Saya nak tempah 50 naskah buku mamakutty sila siarkan harga dan tempat dimana boleh beli

      Delete
  4. Anonymous7:42 AM

    jangan apa-apakan dia, biar dia hidup lama untuk melihat kesan dari apa yang dia buat...dia mungkin tak sedar diri.. kejahatan yang ditudyh dan diasak kepada orang lain menimpa dirinya sendiri... mudah2an dia merana dan mati meragan kerana perbuatannya sendiri .. bukan Allah nak menyiksa dia .. tapi dia minta Allah menyiksanya.. kerana perkara buruk yang menimpa kita adalah disebabkan perbuatan kita sendiri...dia besar ka Allah besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous8:19 AM

      Hari ini awak mengaibkan orang kerana awak berkuasa dan berpangkat. Awak jgn lupa bahawa di Akhirat nanti Allah akan membuka semua keaiban awak. Ingatlah bahawa disisi Allah tiada beza diantara kita w/pun awak dianugerahkan gelaran Dato, Dato' Seri, Tan Sri, Tun dan sebagainya sedangkan kami cuma rakyat biasa yg tak punya pangkat, harta dan kekayaan, masuk kubur sama saja walau awak dikebumikan di Makam Pahlawan. Nanti awak jadilah pahlawan di sisi Allah. Bertaubatlah selagi pintu taubat tidak tertutup. Jgn kerana pangkat dan darjat awak buang semua saudara seagama awak. Wallahu alam.....

      Delete
    2. Anonymous8:22 AM

      Org tak ingat mati macam tulah. Lupa bahawa hari ini awak mengaibkan saudara awak, di Akhirat nanti Allah akan bukakan semua keaiban awak.

      Delete
  5. Anonymous8:01 AM

    SEDARLAH WAHAI AHLI REJIM UMNO...
    POLITIK UMNO HANYA MEROSAKAN BANGSA,
    POLITIK UMNO HANYA FITNAH & MENIPU,
    POLITIK UMNO HANYA LUCAH DAN JIJIK...
    Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).

    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
    Description
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:34 AM

    satu lgi yg x dsebut..melalui pertonas memaksa misc mmbeli saham syarikat perkapalan anaknya mirzan(PNSL) walaupn syarikat itu dh nk bangkrap...satu keuntungan yg amat besar kepada anak beliau...

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:00 AM

    Saya memang dari dulu lagi benci mamak barua ini sejak membatalkan operasi penuh kpd tajaan JPA penuntut bersumpah laknat terhadapnya sampai akhirat. Buat masa itu sengsara dibuatnya hidup saya kerana kitika itu saya mempunyai dua orang anak kechil lagi. Alhamdulah sekarang ini dah jadi doktor dan pensyarah. Ketika itu saya sentiasa sholat mlm berdoa mamak ini satu hari akan terima padahnya. Bayangkan saya terpaksa korek tabung utk beli susu anak

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:44 AM

    moga Allah zahirkan dengan cepat kebenarannya untuk menjadi peringatan kepada semua amin.....

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:29 AM

    Jenayah paling besar 1)arahkan pembunuhan ust ibrahim libya dn rakan2 2).songlap harta negara.klau anak jdi bilionair si maha kutty lg lh trilion kut.

    ReplyDelete
  10. salam.cikgu bad saya anggota keselamatan. macam mana kami nak pangkah PR. sebab kami punya kertas undi ada nombor siri diatas nama kami dan pasangan kami.jadi bila kami pangkah PR majikan kami tahulah kami sokong sapa.jadinya kedudukan kami dalam perkhidmatan tidak selamat.tolong buat sesuatu yang membolehkan kami sokong/pangkah PR dgn selamat.

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:26 PM

    Mamak ni UMNO-BN kata genius.memang btul! Dia swasta kn hrta negara supya dia dn kroni2nya manipulet utk kayakn diri dn ahli kluarga meka.anak si kuty ni mguasai perniagan dlm dn luar negara berbilion rm.(petron,san magueil,sapura kencana petrolium dn byk lg.kita org mlayu setia "dulu,kini dn selamanya" dpt brim dll yg tk sebrapatu menyalak mcm anjing gila menyokong buta tuli dn buta akai.mamak you mmg dato mandalia moden.

    ReplyDelete
  12. Utk mengkaramkan kapal umno bn yg membawa penzalim dn petualang negara. Aku dn rakan2 yg hampir jdi warga emas mengambil inesiatif memasang bendera pas dn keadilan size besar 20'x15' dipuncak bukit batu caves(bkg kg wira damai gombak) moga kibaran bndera tu akn menyedarkan rakyat betapa jahatnya umno bn.klau kmi wrga emas blh berkorban,anak2 muda bila lg nk sedar.jgn lh jdi pencacai umno bn(samseng kacau program PR)

    ReplyDelete
  13. Sebelum terkeluar "antara penyelewengan mahathir ini telah lama sy mendugakan sbb itu pd tahun 1980an masih beliau memegang tampok kekrajaan saya telah istiharkan keluar umno. Juga atas konspirasi utk menjatuhkan Hussein Onn mantan PM sehingga beliau keluar dari umno.

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:17 PM

    Kes najib kena tangkap basah Ngan ziana zain x keluar ker

    ReplyDelete
  15. Anonymous2:54 PM

    Anggota keselamatan boleh undi Pakatan Rakyat.Semua kaki tangan awam termasuk tentera dan polis adalah neutral. Mereka berhak memilih mana2 parti yg mereka suka.Dulu BN guna undi pos utk menang. Contohnya tahun 1999, Najib menang undi pos 204 undi. Sekarang tentera dan polis boleh memangkah kertas undi sendiri, bukan org lain yg tolong pangkahkan. Pakatan rakyat akan hantar wakil utk memerhati dan akan ikut kemana peti undi dibawa (itu saya dengar dari video Saifuddin Nasution). Ada juga kes peti undi ditukar dalam perjalanan. Ingatlah undi itu rahsia. Jika ada org berkata, kaki tangan kerajaan dan pasukan keselamatan wajib undi BN, itu bohong belaka. Pada hari mengundi, semua rakyat bebas membuat pilihan. Negara demkrasi bukan diktator.

    ReplyDelete
  16. Anonymous3:18 PM

    Salam Cikgu Bad. Saya cadangkan masa 10 minit untuk penyiaran di TV, boleh dimanfaatkan . Gunakan kreativiti dlm bentuk,slide /iklan /graf /rakaman video penurunan harga kereta-Rafizi /manifeso /sebab2 perlukan perubahan /menangkis isu kalimah Allah, bahawa tidak dibenarkan dlm bible (Isu ini banyak komen tak setuju dlm blog2 dan boleh jejaskan sokongan pengundi).Isu DAP akan berkuasa, raja hapus, Msia akan jadi seperti Spura, melayu ditindas. Ada juga org kampung dan org felda tak tahu apa itu Pakatan Rakyat.Inilah punca org melayu jadi umno tegar. Harap cikgu dapat gunakan masa 10 minit utk dimanipulasi dgn berkesan secara rakaman yg padat dgn info supaya maklumat dapat sampai keseluruh Msia.

    ReplyDelete
  17. Anonymous3:51 PM

    Isu warga asing (Spura) beli rumah mahal (rumah kluster 2 , 3 tingkat, rumah banglo, rumah semi D: harga 500,000 keatas, hingga 1juta lebih). Pemaju hartanah buat promosi di Spura, utk rakyat Spura beli lot2 mewah antara bangsa. Utk rakyat Msia, disediakan rumah pangsa, rumah teres setingkat.Apa yg dibimbangkan warga Spura akan membanjiri Johor Selatan dan memiliki aset2 mewah yg mana tidak dapat dinikmati di Spura, kerana kekurangan tanah. Di sana mereka layak beli kondo atau rumah pangsa saja. Rumah yg berharga 800,000 atau 1.2 juta ,RM Msia, jika dlm dollar Spura hanya 300,000 atau 400,000 saja. Dibimbangkan akan terjadi seperti di Lahad Datu ,menuntut wilayah dgn ketenteraan. Penasihat Negara tersebut adalah Israel. Jadi sarankanlah dlm parlimen agar undang2 tanah dan hartanah diperteguhkan/diperbetulkan utk menghalang warga seberang membeli rumah di Johor /di Msia. Buat tindakan bijak sebelum terlambat.Di negara itu ,insentif utk menambah penduduk mencapai sasaran 10 juta sedang giat dijalankan. Cuba fikir dimana kerajaannya nak menempatkan rakyat sebegitu ramai, sedangkan negaranya kecil.Harap fikirkan. Jadilah Melayu yg bijak dan berpandangan jauh.

    ReplyDelete
  18. Anonymous11:37 AM

    klu Mathadir tk perintah.. mlaysia dh lame jd mcm brunei...

    ReplyDelete
  19. Anonymous2:07 AM

    amboi amboi. bukan main lagi kutuk mahathir. macam dah tak ada jasa langsung. so what? anwar ibrahim tu malaikat ke? kenapa la orang melayu yg sokong PR nak sangat DAP berkuasa? hairan hairan. tu la generasi melayu muda sekarang. tak kenal siapa DAP. tak tahu mana yang tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete
  20. Anonymous11:03 AM

    Pada saya dasar dan perjuangan Ameno baik dan murni...cuma ada beberapa pemimpin yg menerajunya tidak amanah,salah guna kuasa,miterialistik,tamak serta bebuat sesuka demi kepentingan dan kelompoknya....Inilah pemimpin cinta dunia dan tak fikir balasan akhirat.

    ReplyDelete