Thursday, November 22, 2012

Bn hipokrit anti Israel tetapi guna wang rakyat bayar agensi Zionis

Kenyataan Terbuka
22 November 2012

Tolak Hipokrasi Kerajaan: Anak Muda Harus Bangkit Beri 'Signal' Sokong Pelestine Depan Kedutaan AS

Di sebalik hipokrasi kerajaan Malaysia yang kononnya simpati dengan nasib saudara kita di Gaza, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa rakyat seluruh negara mencari kesempatan untuk bersama di depan kedutaan AS bagi memberi tekanan kepada sekutu utama Israel.

Hipokrasi kerajaan Malaysia tidak mungkin mampu disembunyikan antaranya termasuklah;

1. Hubungan perdagangan yang pesat antara Malaysia-Israel telah didedahkan oleh Kesatuan Eropah bahawa Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel dengan kedudukkan nombor 15 dari ratusan negara ketika kebanyakkan negara menolak sebarang urusniaga dengan Israel.

2. Malaysia membenarkan diri menjadi kaldai tunggangan ekonomi Israel apabila membenarkan komponen 'Made in Israel' dipasang-siap dalam kilang negara ini menjadi barangan 'Made in Malaysia' supaya ia mampu dijual dengan mudah di pasaran dunia, berbanding jika ia dicop oleh Israel. Hasil keuntungan dipulangkan kepada Israel untuk membunuh anak Pelestine. Sebagai pemerintah, tidakkah kerajaan Malaysia mampu halang urusniaga seperti ini?

3. Menteri mengakui kapal dagang Israel masuk ke pelabuhan di Malaysia, membawa minyak sawit Felda ke Pelabuhan Ashdod di Israel kononnya untuk warga Pelestine. Namun menjadi persoalan apabila sijil kosher diguna untuk memastikan produk sawit negara ini 'halal' kepada penganut agama yahudi. Mengapa guna sijil kosher? Mukhriz Mahathir juga harus jawab siapa 'consignee' minyak sawit di Pelestine?

4. Kerajaan Malaysia juga memanggil syarikat zionis APCO wordwide sebagai penasihat kepada Perdana Menteri seolah-olah tiada pilihan lain. Bimbang akan pendedahan ini sehingga Anwar Ibrahim yang membawa isu APCO di parlimen digantung selama 6 bulan daripada memasuki Dewan Rakyat.

5. Kerajaan Malaysia kononnya tidak mengiktiraf Israel namun dalam masa yang sama langsung tidak berani mengiktiraf Hamas yang menang dalam pilihanraya membentuk kerajaan di Gaza.

Dengan senarai yang dikemukakan oleh SAMM dalam kenyataan ini, terbukti kerajaan Malaysia begitu hipokrit apabila berbicara soal keganasan Israel, seolah-olah tangan kiri menghulur roti buat rakyat Pelestine manakala tangan kanan memberi peluru kepada Israel.

Dalam masa sama, satu signal jelas harus diperagakan di depan kedutaan AS demi terus memberi tekanan. SAMM memanggil semua anak muda merentasi warna kulit dan kepartian di atas nama kemanusiaan untuk hadir ke perhimpunan besar yang bakal berlaku esok selepas solat Jumaat bermula di Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum menuju ke kedutaan AS.

SAMM mencadangkan untuk masa akan datang, himpunan anti Israel tidak lagi diadakan semata-mata di depan kedutaan AS, tetapi harus juga diadakan di depan Kompleks JPM di Putrajaya setelah mengambil kira anasir berperanan 'zionis glokal' yang berpengkalan di Putrajaya.

Sekian




kepilan perjanjian APCO;

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International



2. Surat Setuju terima Jabatan Perdana Menteri


3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment