Friday, October 12, 2012

Presiden GAPS disenarai hitam PKNS kerana menyeleweng ketika menjadi panel peguam PKNS ?


PETALING JAYA: Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang kerapkali membongkar pelbagai dakwaan kononnya berlaku penyelewengan di negeri Selangor kini didakwa pula melakukan penyelewengan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.

“Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan,” kata Azhar dalam satu kenyataan media.

Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.
Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.
laporan polis yang dibuat

“Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu,” kata Azhar.

dibawah ialah kenyataan akhbar penuh Saudara Azhar :
Kenyataan Media
9 Oktober 2012
Laporan Polis Dokumen Menyatakan Penyelewengan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Bin Khairuddin pernah melakukan 'penyelewengan' ketika menjadi peguam kepada PKNS. Penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.
Walaupun kononnya telah membayar semula kemudian setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap salah.
Hari ini SAMM tampil untuk membuat laporan polis. Amat adil bagi penama tersebut untuk polis melakukan siasatan dan polis boleh membersihkan nama penama tersebut jika mendapati dokumen tersebut tidak betul. Lebih menggusarkan jika dokumen tersebut betul tindakan harus diambil kerana khuatir ramai lagi akan diperdaya menggunakan gelaran peguam yang disandangnya.
Sekian.
(Azhar Achil)
Penyelaras Bersama,
Solidariti Anak Muda Malaysia
SAMM Selangor.


No comments:

Post a Comment