Monday, October 08, 2012

Notis ketepi tuduhan BERSIh didengar pada 9 Oktober

Pada 1 Oktober 2012 yang lalu che'GuBard melalui Peguam SN Nair tleha memfailkan permohonan bagi membatalkan ketiga - tiga tuduhan berkaitan Perhimpunan BERSIH 3.0. Adalah dengan ini dimaklumkan Mahkamah telah menetapkan satu tarikh sebutan pada 9/10/2012 di Reserve 4, Aras 3, Sayap Kiri,Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi untuk menetapkan tarikh pendengaran permohonan.

che'GuBard telah didakwa bersama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Mohamed Azmin Ali di mahkamah seksyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0. Pada 11 September 2012 yang lepas satu permohonan mengetepikan tuduhan telah dibuat di mahkamah seksyen telah dibuat namun pada 13 Sept lepas, dia menarik balik permohonan sama yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini ketika kesnya disebut di depan Hakim Mahmud Abdullah.

No comments:

Post a Comment