Tuesday, September 04, 2012

SAMM pertahan tindakan anak muda kibar 'bahan sejarah'


ini sejarah bendera tanah air ini yang ramai terkeliru atau tidak tahu.

SAMM dengan ini mempertahankan tindakan anak muda mengibarkan bendera sejarah selain Jalur Gemilang khususnya di malam ambang kemerdekaan. Bukankah sambutan ambang kemerdekaan itu sendiri ialah satu aktiviti mengenang sejarah negara, maka apa salahnya anak muda membawa bahan sejarah untuk dikenang bersama, yang menjadi ketakukan ialah hanya regim yang berselindung dalam sejarah yang dipesongkan.

Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat, sebuah bendera kebangsaan untuk sebuah negara Malaya yang Merdeka telah diusulkan buat kali pertama pada tahun 1947 oleh gerakan kemerdekaan rakyat berbilang kaum PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat - All Malaya Council of Joint Action). 

Bendera yang dinamakan 'Bendera Rakyat' ini telah dikibarkan buat kali pertama di seluruh
 Malaya pada 10 Disember 1947. Pada masa itu PUTERA-AMCJA turut sama mengusulkan sebuah 'Perlembagaan Rakyat' sebagai alternatif kepada 'Perlembagaan Federation of Malaya' yang dicipta oleh Kerajaan Penjajah British dengan kerjasama UMNO dan Raja-raja Melayu untuk menggantikan 'Perlembagaan Malayan Union'. Sokongan rakyat terhadap 'Perlembagaan Rakyat' telah ditunjukkan melalui gerakan mogok Hartal yang telah dijalankan di seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947. Mereka menuntut sebuah negara kebangsaan baru yang diberi hak berkerajaan sendiri dan Merdeka.





Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.


Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. 

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..


Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.
Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.

Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.

Jadi jelas ada kebenarannya dari apa yang Winston Churchill  kata “sejarah ditulis oleh pihak yang menang” ..


Regim tak akan boleh terima hakikat ini... sebab itu mereka takut dengan kibaran 'Sang Saka' kerana sejarah disebaliknya tidak memihak kepada mereka..

2 comments:

  1. benar....saya bersetuju dengan pendapat tuan...sejarah yang sedang tercipta pada saat ini dan hari ini adalah kesinambungan dengan apa yang telah berlaku pada hampir 80 tahun lepas...dan jangan biarkan sejarah negara kita TERPESONG lagi...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:14 PM

    Hishamudin Rais, 30/8/2013, Kuala Lumpur: "Saudara-saudara LUPUSKAN Jalur Gemilang, ini adalah BENDERA BARU untuk Negara Malaysia".

    Betul ke anak muda membawa bahan sejarah untuk dikenang bersama?

    Spin bro... jgn tak spin. Ahaks!!


    ReplyDelete