Tuesday, September 11, 2012

Laman Umno sahkan Khairy menipu ?

Masih ingat lagi kes mengenai laman Facebook pemuda Umno yang mengeluarkan masej negatif yang mengundang perbalahan agama / kaum dalam negara. Isu yang dimunculkan pula betul - betul penuh penipuan semata - mata untuk meraih keuntungan politik. Bila isu ini hangat diperkatakan tiba - tiba Pemuda Umno muncul dengan penafian. Tidak cukup dengan penafian Khairy, Pemuda Umno pula muncul dengan laporan polis.

Sebaik laporan dibuat seperti biasa polis juga terus mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat dan seumpamanya. Namun dihujung kehangatan isu itu Ketua Pemuda Umno itu pula mengeluarkan kenyataan mohon maaf walaupun tidak terus terang. Kemudian isu ini sejuk sedikit demi sedikit, siasatan polis yang konon sedang bersungguh dilakukan tadi pun sejuk juga tanpa penghujungnya.

Namun wujud sebuah laman pro Umno yang membangkitkan semula dan mengaku punya bukti yang Ketua Pemuda Umno itu sebelum ini sememangnya sedar kewujudan laman FB tersebut dan sememangnya dia pernah berikteraksi dengan pengendali Fan Page Pemuda Umno tersebut. Adakah Khairy ditipu atau kena tipu atau terlupa dan keliru ? Dia harus tampil menjelaskan serta PDRM juga harus tampil dengan hasil siasatan.

klik sini untuk membaca lanjut laman Umno tersebut ?

No comments:

Post a Comment