Wednesday, September 12, 2012

che'GuBard fail notis mohon mahkamah ketepi tuduhan berkaitan kes BERSIH 3.0

Kenyataan terbuka
12 September 2012

Fail notis mohon ketepi tuduhan kaitan BERSIH 3.0

Semalam 11 November 2012, jam 11.30 pagi che'GuBard telah selesai menfailkan notis permohonan untuk mengenepikan 2 tuduhan berkaitan kes BERSIH 3.0 yang dimana telah didakwa bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Notis telah difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners. Antara alasan permohonan ialah perintah mahkamah yang mengharamkan Dataran Merdeka dari dimasuki adalah tidak sah antaranya kerana tidak ada masa yang cukup untuk dicabar oleh penganjur BERSIH 3.0 , pihak yang sepatut membuat halangan berdasarkan Akta Perhimpunan Aman ialah PDRM bukan DBKL. Perintah tersebut tidak memberikan alasan lengkap malah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan semangat Akta Perhimpunan Aman sendiri.

Semenjak pendakwaan dibacakan di mahkamah che'GuBard sedar ia adalah satu perjuangan sukar untuk melepaskan diri. Namun usaha mengenepikan tuduhan ini boleh diumpamakan sebagai sedikit ruang yang ada harus digunakan sepenuhnya. Walaupun sistem itu sedang diperkuda tetapi masih ramai watak baik dalam sistem kehakiman dan perundangan negara.

Bagi proses mahkamah ini saya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan peguam saya iaitu SN Nair dan Datuk Yusof Zainal Abidin untuk mengendalikan dengan cara yang terbaik. Namun bagi saya proses mahkamah dan seumpamanya ini hanya digunakan untuk mengalihkan isu sebenarnya iaitu tuntutan BERSIH yang menuntut satu proses proses pilihanraya yang bersih dan adil bagi negara ini. Rakyat harus sentiasa dipertingkatkan kesedaran mengenai 8 tuntutan BERSIH dan regim harus terus diasak agar berani mengembalikan hak asas demokrasi negara.

Selain akan berdepan dengan rencah dan kerenah regim melalui mahkamah, che'GuBard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri serta sekutu akan terus fokus itu pokok tersebut.

Esok (13 September 2012),  2.00 petang sekali lagi semua orang kena tuduh dan pasukan peguam akan berada di Mahkamah, Jalan Duta untuk sambungan kes ini.

 Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



No comments:

Post a Comment