Tuesday, September 04, 2012

Tahniah SAMM Melaka, T.Kasih yang menjayakan Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan di jemput ke Ceramah Raya di Benut.


31 Ogos, Tahniah buat SAMM Melaka yang telah berjaya mengadakan rumah terbuka yang meriah, ramai juga pemimpin PR hadir, wakil rakyat DAP, YDP-YDP PAS serta Ketua - ketua cabang PKR hadir. Cuma kehadiran polis yang meminta semua bendera SAMM dan Banner ditanggalkan telah mengganggu kelancaran program. Berita mengenai laporan polis telah dibuat oleh orang PKR sendiri berdasarkan sms-sms ugutan sebelum itu agar tuan rumah membatalkan hasrat membenarkan rumahnya sebagai lokasi rumah terbuka SAMM Melaka amat dikesali. Seramai 50 anak yatim disantuni dalam program ini. Program ini juga sebagai ruang merapatkan ikatan antara aktivis SAMM, Melaka antara negeri yang aktif mengadakan atas nama SAMM program dalam Ramadhan.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan di N.Tebal dengan kehadiran hampir 4,000 org ....menjadikan ia sesuatu yang cukup meriah


Sdr. Saiful (Penyelaras SAMM Pontian) mempelawa semua dalam suasana raya untuk bersama dalam satu sesi ceramah umum yang dianjurkan atas nama SAMM. Tahniah...teruskan !

No comments:

Post a Comment