Tuesday, April 03, 2012

Kemunculan Sepupu DYMM SPB Yg Di Pertuan Besar Negeri Sembilan di pentas PR di Rembau dan saksikan amanat MB Kelantan, Selangor juga Ketua Menteri PP


Selepas dilancarkan di Kuala Pilah (Dun Pilah) pada 1 April lepas kini siri Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 akan tiba di Chembong, Rembau.

Semua dijemput ke :

Pelancaran Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 (Peringkat Rembau)
4 April 2012, 9.00 malam
Kg. Mulia, Rembau
(sebelah Pejabat Daerah Rembau)

Dijadualkan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (ahli parlimen Parit Buntar / AJK PAS Pusat) akan berucap disamping pimpinan PR NS. Antara istemewa malam tersebut ialah kemunculan khas turut berucap ialah YM Tenku Harmy Bin Tenku Hanan yang merupakan sepupu kepada DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar NS.

Juga malam tersebut akan disiarkan video klip ucapan khas YAB Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Ucapan khas yang baru sahaja dirakam ini mengandungi pesanan penting buat pengundi di Negeri Sembilan.

Siri Jelajah JOM UBAH Demi Rakyat NS 2012 akan mengadakan acara kemuncak yang dijadualkan pada 29 April 2012 di Seremban. Seketeriat baru sahaja menghantar permohonan ke Majlis Perbandaran Seremban untuk menggunakan Padang Negeri Sembilan (bersebelahan Dewan MPS di pusat bandar Seremban bagi acara kemuncak.

maklumat lanjut mengenai kempen ini klik sini.

2 comments:

  1. Anonymous3:50 PM

    Tolong ler, jangan nak jual nama Tenku Harmy....kalau kat Bangsar dan kl ni semua orang tahu yg dia ni liabiliti....tak ada kelas...mengabihkan boreh ajo!!!

    ReplyDelete
  2. bik mama5:13 PM

    satu lg pertuduhan tanpa bukti (ayat famousss semua org tahu)

    ReplyDelete