Saturday, March 17, 2012

Selamat datang semua Penyelaras SAMM, aktivis dan sekutu ke NS

Hari ini 17 Mac hampir semua penyelaras Kebangsaan / Negeri SAMM akan berkumpul di Negeri Sembilan. Bermula dari jam 9.00 mlm SAMM dengan kerjasama PR Rembau / Seremban akan menganjurkan Forum Hijrah Artis 'Santai Bersama Selibriti' bertempat di Kg. Ismail, Ampangan, Seremban.

Jam 11.00 malam akan bermula pula Santai Anak Muda iaitu program tertutup yang dijangka akan oleh hampir 100 penyelaras kebangsaan, negeri dan kawasan SAMM. Program santai ini dijangka akan berlarutan sehingga jam 3-4 pagi.

Esoknya 18 Mac, 8.30 pagi akan diadakan Rapat Pengurusan Kebangsaan yang mana akan membincangkan tumpuan gerak kerja penyusunan anak muda khususnya membincangkan peranan SAMM dalam PRU 13 khususnya dalam mengurus tempoh krisis selepas PRU 13 tersebut.

Jam 12 tengahari pula akan diadakan jamuan makan tengahari dan semua aktivis berdaftar SAMM serta rakan sekutu dijemput hadir bagi bertukar pandangan mengenai halatuju dan tuntutan anak muda Malaysia.

No comments:

Post a Comment