Tuesday, January 10, 2012

Tiga lelaki didakwa conteng 'Turun Tibai Rosmah'


Tiga lelaki hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" yang didakwa dilakukan individu berkenaan, Sabtu lalu.

Tiga lelaki berkenaan, Sidiqin Omar, 30, Mohd Fiqtriey Halimiey Abdul Rani @ Abdul Ghani, 27, dan Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa melakukan grafiti itu pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri, Kuala Lumpur.
NONETertuduh berkenaan masing-masing merupakan wartawan, artis grafik dan pemuzik itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.10 pagi hari itu.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Zaki Asyraf menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap tertuduh.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya sebelum itu meminta jaminan berkenaan ditetapkan RM3,000 untuk setiap tertuduh.

Peguam Mohd Radzlan Jalaluddin bagaimanapun meninta supaya jaminan berkenaan dikurangkan kepada RM500, dengan mengambil kira hukuman maksimum tuduhan berkenaan – penjara tidak melebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000.

Katanya lagi, penjamin juga mempunyai hubungan rapat dengan tertuduh dan boleh menjamin tiga lelaki berkenaan hadir perbicaraan. Sumber: Malaysiakini

No comments:

Post a Comment