Saturday, October 15, 2011

Peneroka perlu bangkit menentang penipuan FELDA


Lihat nota penipuan dibahagian bawah yang hanya terdapat dalam resit jualan sawit yang terdapat dalam resit simpanan FELDA yang tidak diberikan kepada peneroka

Resit yang diberikan kepada peneroka tidak terkandung nota penipuan tersebut, kelihatan jelas tandatangan yang diturunkan di muka depan resit akan turut terdapat kesan tandantangan diresdit pendua yang ada nota penipuan kerana kertas karbon



Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
15 Oktober 2011

Walaupun beberapa kes yang dibawa ke mahkamah telah membuktikan Felda bersalah menipu tetapi ramai yang masih tertanya - tanya adakah benar agensi sebesar Felda sanggup menipu peneroka yang 99% nya berbangsa Melayu.

Ya memang, tidak perlu lagi mengupas isu penipuan penyelewengan dana dalam Felda tetapi cukup dengan pergi melihat sendiri perkara asas dimana peneroka ditipu berpuluh tahun.

Di atas dipamerkan resit penjualan sawit yang biasa digunakan di seluruh negara apabila peneroka menjual sawit ke kilang Felda. Ini berlaku seluruh negara. Jelas kelihatan salinan (dua di bawah) yang diberikan peneroka tidak ada nota penipuan. Manakala cuba lihat gambar (atas) dua resit yang disimpan Felda jelas terdapat nota berbunyi
"Penjual mengakui nilai mutu BTS dibawah KPG 18%, Penjualan BTS ini adalah diatas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar"
Ditegaskan nota ini merupakan nota penipuan felda.
  1. Jelas Felda cuba menipu dengan sengaja kerana tulisan tersebut tidak ditunjukkan kepada peneroka. Hanya resit simpanan felda tertera nota tersebut
  2. Hanya orang gila yang menjual hasil pertanian dengan menghadkan sendiri had maksimum kualiti barangnya supaya boleh dijual murah.
Kes seperti ini telah berlaku dalam kes klasik peneroka Kemahang sawan FELDA. Peneroka telah 'mencuri' sawit di ladang sendiri dan menjual di pusat pengumpulan Felcra. Perlu dipertegaskan Felcra di situ tiada kilang sawit hanya mengumpul sawit dan jual semula ke kilang Felda untuk proses. Di Pusat pengumpulan Felda nilai KPG sawit diiktiraf sebagai 20-25% yang sama yang Felda ambil dengan KPG 15-18%. Kes ini dibawa ke Mahkamah dan peneroka menang jutaan ringgit hasil keberanian mereka.

Walaupun kes seperti ini telah dibawa ke mahkamah dan jelas mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka kerana Felda jelas menipu tetapi kegiatan ini tetap berterusan. bayangkan dalam berpuluh tahun berapa billion sudah Felda menipu wang peneroka.

Itu belum masuk lagi kerakusan Pengerusi Felda yang baru ini dalam hal menguasai koperasi dan seumpamanya. Umno terus membodohkan orang Melayu di Felda kerana mereka tidak mahu semua ini terbongkar.

Ayuh bangkit semua peneroka, Umno tidak sedar diri jika tanpa peneroka Felda Umno sudah hilang kerajaan ini dalam proses pengundian lepas. Malangnya kita terus ditipu. Kepada anak-anak peneroka Felda dalam angin pilihanraya kuat ini jengoklah keluarga di penempatan Felda dan terangkan kepada mereka mengenai bagaimana Felda ini menipu peneroka.

Sekian dan terima kasih.

Azlan Ishak
Penyelaras
SAMM segmentasi anak muda Felda dan luar bandar.

1 comment:

  1. Anonymous12:26 PM

    felda ni memang ingat peneroka ni macam dulu ke tak tau apa2..ni nak senaraikan dalam bursa saham nak bunuh peneroka ke apa..harus diingatkan syarikat mega pun tumbang berbilion modal menanggung hutang inikan felda...tergadai kita yang habis bukan dia orang...kan dah banyak bukti penipuan yang didalangi parti biru...apa lagi belia felda..inilah masanya kita bertukar kemudi demi menyelamatkan peneroka..jangan berfikir dari segi politik tetapi periuk nasi generasi felda yang seterusnya..gunakan fikiran jangan membabi buta ..wassalam

    ReplyDelete