Wednesday, October 19, 2011

MATC Cabang Rembau lulus 4 usul

Anggota sedang mendengar pembentangan Usul

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Cabang pada 16 Oktober lepas pada jam 4 ptg - 5.30 ptg bertempat di Pejabat PKR Parlimen Rembau (DUN Rantau).

Mungkin kerana angin pelihanraya yang makin hampir menyebabkan MATC kali ini menerima kehadiran agak luar jangkaan dan kelihatan wajah - wajah anggota lama yang telah 'sejuk' muncul kembali.

MATC telah dirasmikan sendiri oleh che'Gubard manakala upacara rasmi perasmian penutup diadakan dalam satu majlis Hi Tea selepas MATC ditangguhkan. Hi tea tersebut dihadiri oleh Datuk Chua Jui Meng, YB Fuziah Salleh, YB Taufek Abd Ghani dan YB Ravi.

MATC berjalan lancar dan 3 usul telah diluluskan.

Usul pertama dibawa oleh Saudara Yusof Tapa (Timbalan Ketua Cabang / Penyelaras DUN Kota). Usul berbunyi PKR Rembau menggesa wajib bagi PM untuk tidak mengadakan PRU sebelum proses penambahbaikan proses PRU dilakukan seperti yang dijanjikan dan tuntutan dalam BERSIH 2. Jika PRU masih berlansung tanpa menyelesaikan proses penambahbaikan dan menunaikan tuntutan BERSIH 2 maka jelas Najib Razak seorang pembohong. Maka PKR Rembau menyeru BERSIH 3 diadakan dan mobilisasi rakyat terbesar rakyat Malaysia harus digerakkan.

Usul kedua dibawa oleh Yaser Sheikh Abd Rahman yang mewakili AMK Rembau. Beliau menegaskan isu berbangkit dalam pemilihan wajar diselesaikan dengan segera. Parti ini sebelum memasuki Putrajaya harus menunjukkan sikap berani berdepan dengan proses demokrasi dengan telus. Beliau menyatakan rasa kesal kerana laporan penyelewengan khususnya yang dimajukan oleh Ketua Cabang sehingga kini diragui sudah disiasat atau belum kerana pengadu masih belum pun dipanggil untuk diberikan kenyataan. tegas Yaser lagi, malah surat jawapan dangkal hanya dihantar melalui email orang lain dan diperolehi oleh pengadu setelah hampir setahun. Ramai mengatakan yang sudah tu sudahlah tetapi tahukah kita che'GuBard tak sudah - sudah dihimpit perbagai pihak kerana isu pemilihan soalnya ketika membentangkan usul. Jika kita cakap soal ketelusan SPR tetapi kita terpalit dengan permasalahan pemilihan yang disapu dibawah karpet maka susah orang hendak hormat kita.

Usul yang ketiga dibawa oleh Norazizi Abd Aziz, setiausaha cabang Rembau mengenai perlu perketat kreteria pemilihan calon. Belia menyatakan kebimbangan ini berasas kerana menjangkakan keputusan PRU nanti siapa pun yang memang pasti dengan majoriti tipis. Maka jika diizinNya PR membentuk kerajaan di NS maka dengan kelebihan tipis juga. Beliau membangkitkan kegusaran bahawa kemungkinan peristiwa Perak akan berulang. Secara terus terang beliau menyatakan kebimbangan ini kerana orang - orang yang diberi kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan ialah mereka yang pada tahun 2008 terdiri dari mereka yang menjadi utusan Umno untuk bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi agar menarik diri dan memberi kemenangan mudah buat Umno. Dua orang yang telah membuat pengakuan ditemui ialah che'GuBard dan YB Aminuddin ketika bertanding. Diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN NS dan sedang mempersiap diri sebagai calon.

Usul yang ke empat dibawa oleh Zul Jimmy yang menyatakan memandangkan beberapa perkembangan terkini yang memihak kepada PR dan kegagalan Bn menunaikan janji khususnya dalam Parlimen Rembau dan DUN Rantau maka PKR mempunyai peluang baik di kerusi tersebut lebih - lebih lagi keadaan Negeri Sembilan yang seolah gagal dipacu oleh menteri Besar yang juga ADUN Rantau. Beliau membawa usul agar PKR Rembau kekal bertanding di Parlimen Rembau dan DUN Rantau tetapi kali ini harus mempersiapkan awal calon terbaik dan persiapan jentera harus disediakan awal. Jangan kita hanya bertanding dengan calon saat akhir atau hanya bergantung kerana kelemahan lawan.

Keempat - empat usul diterima tanpa bahas. Dalam ucapan penangguhan che'GuBard menyatakan 22 Oktober ini akan bermulanya gerak kerja kempen 'ala pilihanraya' dan 23 Oktober pula akan mula dengan kursus jentera yang mana semua ini akan diadakan tiap minggu.

No comments:

Post a Comment