Friday, September 09, 2011

SAMM lapor salahguna dana awam oleh Najib untuk bercuti

Gambar (atas) Asrul, Penyelaras SAMM Perlis membuat laporan polis di IPD Kangar.
Hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk ke dalam balai.
(bawah) antara aktivis selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban 2.
Pagi ini Solidariti Anak Muda Malaysia telah tampil untuk membuat laporan polis terhadap salahguna dana awam oleh Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) ketika percutiannya ke Australia ketika negara merayakan 31 Ogos lalu.

Laporan Polis telah dibuat oleh penyelaras SAMM negeri masing - masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan laporan telah dibuat oleh Sdr. Saufi Mi'ad, Penyelaras SAMM NS. Laporan Polis yang dibuat jam 10.45 pagi di Balai Polis Seremban 2 seperti dibawah :

Portal berita dalam talian, Malaysiakini.com pada 2 September 2011 telah melaporkan berita Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah pergi bercuti ke Perth Australia pada tarikh 31 Ogos 2011 dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia no. pendaftaran 9M-NAA. Pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd yang merupakan subsidiari kepada Penerbangan Malaysia Bhd iaitu entiti milik Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional Bhd.

Sementara saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Dato’ Seri Najib pergi bercuti ke luar negara di Hari Kebangsaan, namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Dato’ Seri Najib pergi bercuti dengan menggunakan kemudahan awam di atas kepentingan peribadi.

Pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Dato’ Seri Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat serta dan ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Dato’ Seri Najib untuk kepentingan peribadi.

Oleh yang demikian, saya sebagai pembayar cukai memohon agar suatu siasatan akan dibuat pada kadar yang segera ke atas Dato’ Seri Najib tentang penyalahgunaan harta awam dan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi beliau dan keluarga demi Rakyat!

Sekian sahaja laporan saya.



Tindakan ini untuk menarik perhatian rakyat terhadap 3 perkara :
  1. Mendesak tindakan diambil terhadap Najib dan Rosmah yang bercuti (bukan lawatan tapi cuti) dengan menggunakan wang rakyat.
  2. laporan ini turut mendedahkan bagaimana sikap seorang Perdana Menteri dan orang yang menyamar selaku wanita pertama negara yang bercuti keluar negara ketika negara menyambut 31 Ogos. Pasangan ini buat rakaman awal ucapan Hari 31 Ogos minta rakyat sambut, gantung bendera dan lain - lain kemudian ketika ucapan mereka disiarkan mereka berseornok bercuti ke luar negara. Tindakan ini perbodoh rakyat dan menunjukkan sikap sebenar mereka.
  3. Pesawat yang mereka naiki ialah pesawat yang Abdullah dikirtik hebat ketika menjadi PM kerana meluluskan pembeliannya yang bernilai rm200juta. Najin menikmati kejatuhan Abdullah dan menjadi PM. Rakyat perlu sedar pesawat yang Abdullah dikutuk hebat itu kini dinikmati oleh Najib. Berapa wang rakyat yang hangus hanya untuk menerbangkan Najib dan Rosmah pergi balik ke Australia dengan pesawat mewah tersebut ?

No comments:

Post a Comment