Wednesday, August 03, 2011

Si Yahudi, kambing hitam Rosmah dan Najib untuk cincin USD24 juta

Seperti yang dijangka, misi pembersihan imej Najib Tun Razak sedang dijalankan; bermula dengan skandal isterinya Rosmah Mansur berhubung cincin berlian berharga USD24.4 juta. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai presiden pada pemilihan UMNO tahun hadapan.

Walaupun dijangka kita mungkin akan dikejutkan dengan pilihanraya pada Oktober atau November tahun ini, Najib kelihatan lebih risau mengenai kuasa yang ada padanya sebagai orang nombor satu apabila menyedari bahawa lebih banyak dikalangan pemimpin dalam UMNO dan juga BN gemar merujuk timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk nasihat setelah menyaksikan pelbagai kesilapan dari segi tadbir urus dan politik dalam pentadbiran beliau.

Para penganalisis politik rata-rata kesal dengan tindakan Najib yang memainkan sentimen menghentam Yahudi dalam usaha beliau untuk membersihkan imejnya. Walaupun berita mengenai cincin belian gergasi cukup memeranjatkan rakyat Malaysia, boleh dikatakan sebilangan besar rakyat yakin bahawa berkemungkinan pasangan ini mampu membelinya sungguhpun ia bernilai USD 8 juta.

Para penganalisis politik merujuk kepada beberapa siri skandal rasuah yang membabitkan Najib antaranya, skandal Scorpenes yang turut sama melibatkan Razak Baginda. Beliau didakwaan menerima bayaran komisen daripada vendor DCN dalam bentuk bayaran penyelenggaraan bernilai 114 Euro atau RM570 juta. Sudah tentulah USD 8 juta suatu nilai yang tidak seberapa untuk dibazirkan setelah mengambil kira skandal Scorpenes bukanlah satu-satunya yang beliau telah manfaatkan semenjak berkecimpung dalam arena politik di usia 22 tahun.

Bagaimanakah rekod jenayah Jacob membuktikan Rosmah tidak bersalah?

Sekarang, apa yang paling memualkan adalah cara media UMNO mengalih fokus kepada pemilik Jacob & Co, Jacob Arabo; seorang yahudi kelahiran Uzbekistan yang pernah dipenjarakan.

nota artikel ini dipetik terus dari sebuah portal berita klik link untuk membaca lanjut : http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=16090:si-yahudi-kambing-hitam-rosmah-dan-najib-untuk-cincin-usd24-juta&Itemid=2


2 comments:

  1. Azali MS1:33 PM

    Pihak yang menfitnah Rosmah Mansor mengenai pembelian cincin berlian 24 juta USD / RM dan mereka yang membuat provakasi dalam perhimpunan HARAM Bersih adalah pihak pembangkang kerajaan secara nyata. Mereka ini adalah kaum minoriti orang yang kecewa dan gagal dalam kehidupan cuba untuk mengajar dan membentuk masyarakat majoriti tentang kehidupan yang betul, telus dan berlandaskan sunnah Islam. Orang seperti mereka ini segala percakapannya dari 1000 patah perkataan, hanya 1 sahaja boleh dipercayai. Sahabat-sahabat Azali MS yang taat kepada pemerintah, tolong jangan layan mereka-mereka ini. Anggaplah mereka ini penghuni Hospital Bahagia di Dunia. Selagi Pemerintah tidak zalim dan mengianaya rakyat, tidak perlu kita pula menzalimi pemerintah. Setakat ini, di Malaysia, banyak rakyat yang lebih kaya raya dari Menteri dan Sultan seperti Tan Sri Ananda Krishnan. Tidak seperti di Asia Barat dimana resolusi Rakyat secara terang-terangan memang membuktikan bahawa pemimpin lebih kaya dari rakyat. Sememangnya patut rakyat bangkit memberontak. Di Malaysia, banyak rakyat yang lebih menggunakan kuasa sosialis berbanding kerajaan yang mentadbir secara demokrasi.Sekiranya di tahan di bawah akta ISA, sememangnya patut kerana mereka ini telah melakukan perkara yang mengancam demokrasi yang di kehendaki oleh majority rakyat. Ini menunjukkan bahawa tiada salah laku kerajaan dalam mengunakan kuasa pentadbiran. Dalam pihak pembangkang pun sememangnya terbukti sebagai manusia masih banyak perkara yang lemah dalam pentadbiran parti mereka seperti secara nyata kes liwat al-juburi, Kes video seks al-juburi yang 100% kesahihannya. Pentadbiran negeri Serambi Mekah memalukan umat Islam Malaysia tentang penggunaan perkataan MEKAH, kerana di Mekah, pembangunan dan kemodenan pesat dijalankan berbanding Negeri Serambi yang patut di namakan SAMPAH MEKAH. Sekiranya majoriti rakyat mendengar dan mempercayai apa yang diperkatakan oleh Puak Pembangkang, Malaysia ini akan musnah kerana secara terang-terangan KERANA baru beberapa kerusi telah dimenangi oleh pembangkang sebelum ini dalam pilihanraya dan mereka ini berkuasa, rakyat ditindas dengan psikologi. Tiada keindahan hidup dalam kerajaan pembangkang. hanya ritorik atau khayalan... Pembangkang hanya suka menuding jari setiap hari kepada orang lain, sedangkan mereka ini tidak bekerja untuk rakyat. Sekiranya mereka ini berkuasa....mereka tidak boleh menerima teguran seperti mana mereka menegur dan memfitnah kerajaan. Mereka pasti menghapus dan menzalimi setiap penegur 1000 kali ganda melebihi kezaliman apa yang dikatakan mereka terhadap kerajaan....Terima Kasih:*:D

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:40 PM

    Yennadey Butt?.... Dulu cakap USD 24 juta silap tulis jadi RM 24 juta. Sekarang kau cakap USD 24 juta lagi.

    Kau ni bodoh ke ataupun dah nyanyuk macam Al Juburi?

    ReplyDelete