Wednesday, August 24, 2011

Ijat sudah tiada


17 Ogos 2011, che'GuBard update blog dan laman www.anakmudamalaysia.com mengenai seorang sahabat, aktivis awal SAMM Noor Izzar Jamaludin yang menderita sakit. Dia terpaksa dibawa keluar dari Hospital kerana polisi insuransnya sudah mencapat had bagi satu tahun. Dia terlantar dirumah. Sejak sakit sudah 5 kali che'Gubard ziarah beliau tetapi inilah keistimewaan Ijat dia tak pernah mengeluh sehingga dia berdepan masalah kewangan pun dia diam sahaja sehinggalah teman baiknya Zul Mamak memaklumkan kepada che'GuBard.

Maka hari yang sama che'GuBard menghubungi semua penyelaras pusat dan negeri SAMM untuk memaklumkan perkara ini dan semua bersetuju memberi sumbangan segera minima RM50.

Namun hajat kami tak kesampaian, Allah lebih menyayangi Ijat. Pagi 18 Ogos 2011, che'GuBard dimaklumkan Ijat dimasukkan semula ke Hospital dan keadaannya agak 'teruk', terus hubungi Zul Ibrahim dengan harapan beliau dapat jemput di stesen bas dan kerana cadangnya lepas buka hari tersebut akan ambil bas ke Pulau Pinang untuk ziarah Ijat di Hospital. Namun perancangan bertukar, jam 10 pagi dimaklumkan Ijat sudah nazak. dia diletakkan dibawah alat bantuan penafasan. che'GuBard sudah gelisah, hanya doa dari kejauhan. Jam 12 tengahari dimaklumkan yang keluarga Ijat sudah membuat keputusan atas nasihat doktor untuk membawa Ijat pulang ke rumah dan alat bantu penafasan akan dibuka sebaik tiba di rumah.

Tanpa lengah che'GuBard terus capai kunci kereta dan bertolak ke P.Pinang. Sebaik sahaja atas lebuhraya hantar beberapa sms mengajak mana-mana teman untuk kawan bersembang pergi dan balik ke P.Pinang. Mujur Edyess nak ikut. 1.30 ptg jemput beliau di pejabatnya di K.Lumpur kemudian terus memecut ke P.Pinang. jam 2.30 ptg dapat panggilan maklumkan Ijat sudah tiada dan akan dikebumikan lepas solat Asar di Bayan Lepas.

che'GuBard meneruskan pemanduan dalam keadaan tersentak dan sedih. Tiba di halaman rumah beliau jam 4ptg betul-betul ketika jenazah sedang dibawa melangkah keluar dari pintu rumahnya untuk dibawa ke masjid bagi disembahyangkan.

Selesai solat, terus ke tanah perkuburan, sampi di liang ketika ikatan kafan dilonggarkan dan muka dibuka ketika itu tidak dapat menahan sedih melihat perjalanan terkahir dunia seorang sahabat yang dikenali cukup lama dalam perjuangan ini. Ijat tidak pernah mengeluh dia berjuang sebegitu dari mula dan walaupun sesudah PR mengambil alih PP dia begitu juga.

Dia sahabat setia, dia yang antara saksi hidup merakam penipuan pemilihan dan dia juga yang mengharap perkara tersebut diperbetulkan. Dia antara yang menasihati supaya kita terus berkubu kekal. Dia antara yang mengingatkan kita bukan semata berjuang demi mana - mana manusia tetapi berjuang demi mengubah negara. Jangan lakukan apa juga yang menguntungkan Bn. Dia juga yang amat mengharap dan menanti tindakan 'pembetulan' namun sehingga pergi beliau terus dibiar menanti.

Ijat hanya doa dari adik beradik seperjuangan buat mu.

Mengenai kutipan derma SAMM putuskan tetap diteruskan untuk membantu sedikit keluarga Ijat menyelesaikan apa juga bil perubatan yang tertangguh.

che’GuBard seru semua teman-teman , khususnya adik beradik SAMM untuk sama menyumbang seorang sedikit. Semua penyelaras SAMM pusat dan penyelaras negeri telah bersetuju menyumbang RM 100 – RM 50 seorang. Sumbangan sedang dikumpulkan dan akan disampaikan kepada ibu Ijat, insyaAllah pada petang sebelum Eidulfitri. Kepada yang sudi membantu sila salurkan sumbangan ke akaun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Bank Islam Malaysia Berhad no akaun 05012010074930. Selepas memasukkan sumbangan sila sms ke 0126937908 (Zam, penyelaras perbendaharaan SAMM).

3 comments:

  1. Anonymous1:28 PM

    Al-Fatihah buat Allayarham Ijat..Ameen

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:22 AM

    patutlah mcm kenal, rupanya kawan i dalam facebook..assalamualaikum chegubard..former "cempaka cemparrot"

    ReplyDelete