Tuesday, July 05, 2011

Laporan polis Umno ke atas akaun twitter penyamar

Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau.

Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu.

Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung.

Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.

Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan.

AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan.

Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ?

Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih.

Sekian.

Md Sani Mohd Shah,
Ketua AMK Rembau.

No comments:

Post a Comment