Friday, July 01, 2011

Jika dakwat kekal digunakan sudah lama Bn terlipat dalam lipatan sejarah


Mengapa SPR Mahu Guna Sistem Biometrik Bukan Dakwat Kekal?

Berdasarkan laporan di BH, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa badan itu akan menggunakan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,Abdul Aziz berkata, penggunaan sistem biometrik lebih sesuai kerana ia tidak memerlukan pindaan Perlembagaan berbanding menggunakan dakwat kekal. Beliau juga mendakwa sehingga ini, SPR tidak pernah menerima aduan atau petisyen yang mendakwa pengundi mengundi lebih daripada sekali, seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya pilihan raya diadakan secara tidak bersih.

“SPR tidak boleh menghalang seseorang daripada menunaikan tanggungjawab mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Sila baca retoriknya di sini.


Adakah kerana berita di bawah ini?

SPR perlu jawab dakwaan bekas tentera ini.

Ingat, 2008 SPR telah beli dakwat kekal, malangnya tidak digunakan kerana setelah survey dibuat ternyata jika dakwat kekal digunakan maka tidak mungkin pengundi dua kali atau pengundi hantu boleh dilakukan maka Bn akan kalah dengan lebih teruk lagi, maka dakwat kekal yang sudah dibeli dengan harga berjuga terpaksa dibuang begitu sahaja.

1 comment:

  1. Anonymous3:12 PM

    Lawak bodoh bekas tentera tu.. ramai plk yang percaya.
    Dia kata guna banyak pen..
    Bongok... orang mengundi pakai pensil lah.

    ReplyDelete