Saturday, July 09, 2011

Cincin Rosmah RM24.4 juta, tiada cukai- Chegu Bard

KUALA LUMPUR: Pendedahan siri pemborosan yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan beliau menghabiskan wang rakyat
sebanyak RM24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malayasia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York.

“Kita dapat maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah pembeli, justeru itu Rosmah kena jawab kerana hanya satu bentuk mutiara di cincin itu dengan RM24.4 juta.

“Cincin berkenaan jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring daripada Jacob & Co,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard.

Dalam pada itu, beliau mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut, yang dikatakan tidak dikenakan cukai.

“Mana dapat duit sebegitu rupa? Apa yang diberitahu menteri sebelum ini tiada belanjawan khas diperuntukkan untuk Rosmah. Cincinnya juga tidak dikenakan
cukai.

“Saya tidak mahu teman Umnonya yang jawab, orang yang perlu jawab adalah Rosmah atau Najib sendiri,” ujarnya.

Katanya, ekoran pendedahan terbaru itu, beliau yakin Rosmah akan mengerahkan KDRM menghapuskan kesemua data mengenai urusan pembeliannya.

“Isnin ini akan ada arahan daripada Rosmah untuk siasat KDRM hapus data-data mengenai cincin, baju mewah dan pelbagai lagi,” kata beliau.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi tujuan itu dari 2008 hingga 2011.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

1 comment:

  1. Anonymous1:57 PM

    24 juta dalam US dollar ke ringgit Msia???.Aku sedih mengenagkan di saat rakyat diminta dan dinasihatkan berjimat cermat, si Rosmah ni boleh berbelanja begitu besar hanya kerana sebentuk cincin.Jika seluruh rakyat yg rasa teraniaya ni berdoa agar sirosmah lahabau ni mampus...agaknya bagaimana?

    ReplyDelete