Thursday, March 24, 2011

Tidak Mustahil Malaysia Jejak Kebangkitan Rakyat Arab, Jika Demokrasi Terus Diperlekeh



KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengajaran paling penting yang didapati dari fenomena gelombang kebangkitan rakyat Arab ialah jaminan mengenai kestabilan politik yang selari dengan demokrasi dan kebebasan sesebuah negara.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyatakan betapa rakyat Malaysia khususnya anak muda menginginkan kestabilan politik namun kerap dicabuli oleh pemerintah Kerajaan Pusat Umno Barisan Nasioal.

Beliau turut menjawab amaran Perdana Menteeri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kepada gagasan Pakatan Rakyat agar tidak menghasut rakyat bangkit menentang pemerintah mereka.

"Hakikatnya paling penting adalah kestabilan politik. Ini yang harus ada jaminan. Pengajaran yang didapati dari Arab apa dia? Kestabilan politik demokrasi dan kebebasan perlu berlaku selari. Najib dan Muhyiddin beri amaran kepada semua pihak pembangkang jangan hasut rakyat bangkit seperti di Arab. Prasyarat nak jadi seperti Arab dan rakyat bangkit bukan kita. Prasyaratnya ialah rejim," tegas Badrul.

Beliau menyatakan demikian di Forum Kebangkitan Rakyat Arab anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini.

Lebih 300 hadirin memenuhi ruang Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi mendengar pandangan panel- panel yang terdiri dari Badrul, Pakar Perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Aktivis Masyarakat Hishammudin Rais dan Choo Chon Kai.

Fenomena kebangkitan rakyat Arab di Mesir, Libya, Algeria Bahrain dan pelbagai negara lagi mendapat tumpuan dunia apabila satu demi satu kerajaan konvensional yang diasaskan bekas penjajah kolonial masing- masing.

Hishammudin Rais mendakwa hal ini sebenarnya berpunca kontradiksi dan pergeseran antara rakyat yang mahu merampas kembali sumber kekayaan negara mereka yang hanya dinikmati golongan tertentu.

"Semua hal ini dilahirkan oleh British bila mereka menemui minyak di negara-negara berkenaan. Kontradiksi Utama di sini ialah warga Arab di Mesir, Libya, dan lain-lain bangkit nak kawal sendiri hasil ekonomi tapi tak dibenarkan," ujar Aziz.

Bagaimana? Dulu masa perjuangan Parti Komunis Malaya nak tubuhkan Republik Rakyat di Malaysia, British naikkan United Malays National Organization. Cara yang sama digunakan di negara ini naikkan 'keluarga pemerintah' untuk kuasai minyak dari Maghribi, ke Tunisia dan lain-lain. Perubahan ambil masa tapi hakikatnya sama;" terang Hisham.

Menurut Aziz Bari, rakyat tidak perlu takut dengan amaran dan retorik Kerajaan Pusat bahawa kebangkitan rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Aziz dalam kesimpulannya dengan serius menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah hak rakyat dan tak perlu ditakuti kerana ia boleh diubah.

"Saya tak taksub dengan perlembagaan. Saya berpendapat kalau rakyat tak suka perlembagaan itu, dia boleh buang. Perlembagaan bukan suatu benda yang sakral, ia boleh ditukar kalau kita rasakan ia perlu dirakyatkan," kata Aziz Bari.

3 comments:

  1. Anonymous4:43 AM

    Keep dreaming lah, tinggi cita-cita. Nak memerintah negara secara sah tak dapat sebab rakyat tak yakin pastu nak ciplak style timur tengah pulak. Itu lah yang you all good at - pecah bilah masyarakat.

    BBane

    ReplyDelete
  2. tetapkan iman..teguhkan pendirian5:17 PM

    hidup ni biar buta mata..jangan buta hati...dari dreaming jugak kita boleh berjaya..asalkan jgn jadi mcm pak pandir jer..dreaming diselitkan dgn usaha dan doa kpd Allah. tersangat ramai rakyat yg yakin dan mahukan perubahan..sampai bila nak berada di takuk yg sama tanpa perubahan??jagna jadi bangsa yg mundur dan bodoh. apa salah kita meniru cara timur tgh..cuma beza nye kita ngan timur tgh..rakyat mereka berani. bangkit berjuang!! rakyat kita??waallahualam..lihat saja nt..(but i hope rakyat malaysia juga sgt berani utk bangkit) jgn jadi pengecut dan takut!!

    lebih bahaya orang yg kononnya BAIK tapi pembelit secara diam.

    sekali lagi saya kata..BIAR KITA BUTA MATA,JGN BUTA HATI! SEKIAN TERIMA KASIH.

    to che'gu bard : kami anak2 muda mahasiswa/siswi sentiasa dibelakang!! teruskan perjuangan utk membawa keadilan...!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:52 PM

    Betul.!! Lebih bahaya Orang Yg kononnya BAIK tapi pembelit secara diam..TAPI,SIAPA ORANG ITU?.BUKANKAH antara PKR dan BN saling tuduh menuduh?.siapa sebenarnya yg BUTA MATA dan BUTA HATI?Siapa pula kita utk kata itu dan ini?Tahukah kita membedzakan antara membuat andaian dan melihat kenyataan?Tidak ada manusia yg buat jahat akan mengaku semata2 utk dituduh atau kehilangan kuasa dan pengaruh,bukan begitu?Kenapa lantang bersuara dengan bahasa tubuh yg galak?Bukankah sebab mahu meyakinkan org yg mendengar suara dan org yg melihat bahasa tubuh bahawa kita bercakap benar?Tapi..hati kita dan apa yg bermain diminda kita,dimana kita letakkan?.Lupa kah kita,kita org Islam?Percaya dan yakinkah kita kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI HATI DAN MINDA?.Tidak ada lagi manusia sempurna di zaman ini..TIPU KATA2,TIPU PERBUATAN,WAYANG DAN LAKONAN,HANYA SEMATA2 UNTUK MENGABURI MATA DAN HATI MANUSIA LAIN TANPA MEMIKIRKAN DOSA..SIAPA BETUL SIAPA SALAH?BN kata dia betul,PKR kata dia betul..yg bnyk buang masa berdebat dan bergaduh sesama mereka,SIAPA?Oleh itu,otak yg dikurniakan dengan kesempurnaan hati nurani,kita gunakanlah sebaik mungkin..JANGAN HANYA HIDUP MAIN WAYANG,GAH LANTANG BERSUARA,LUPA PASAL MATI SEBAGAI ORANG ISLAM..!!

    ReplyDelete