Saturday, March 26, 2011

Surat mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami kes menteri rogol amah

Norazizi A.Aziz
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
No. 19, Jalan D'Elise 1,
Taman Bandar Senawang
70450 Seremban

Tarikh : 7 Mac 2011

Kepada

Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
Ibu Pejabat Polis Daerah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Saudara ;

MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
(NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)

Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor 000357/11

Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran :dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.

Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.

Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.

Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.

Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.

Sekian dan terima kasih.

Norazizi A. Aziz
Penyelaras SAMM

No comments:

Post a Comment