Saturday, March 05, 2011

Debat Mahathir - Husam : SAMM sedia jadi penganjur

Mutahakhir ini isu 'siapa pengkhianat Melayu?' menjadi topik perbualan hangat semula. Ia umpama tuduh menuduh dan tidak membawa sesuatu yang sihat lebih kepada bersifat sentimen perpecahan semata - mata. Lebih parah lagi apabila perbincangan ini membawa kepada sentimen anti kaum lain dan menyalahkan kaum lain sebagai punca 'kemunduran' orang Melayu.

Terbaru bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memperkatakan isu ini dengan terus melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai pengkhianat Melayu.

Tuduhan rambang ini telah disahut oleh Dato' Hj Hj Musa dengan tulisannya yang menyenaraikan apa yang beliau panggil fakta "siapa yang sebenar mengkhianati Melayu?".

Isu ini dibincangkan secara terbuka dan ia jelas tidak menguntungkan sesiapa...khususnya apabila ia meleret dan membawa kepada komentar yang penuh sentimen perkauman dan tidak membina negara.

Husam telah melontar Mahathir berdebat secara terbuka dan berdepan dalam isu Melayu ini.

Sehubungan dengan ini menginsafi kesedaran betapa isu ini memerlukan pencerahan dan dibawa kepada perdebatan yang sihat.

Debat merupakan budaya politik sihat. Debat Mahathir - Husam mungkin boleh menjadi titik temu penting dalam mencari tapak mula melonjak pemikiran Melayu khususnya dalam mendepani cabaran zaman yang makin rumit.

Jesteru itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan organisasi gerakan anak muda Malaysia yang menyatukan perbagai anak muda dari perbagai latar demi kepentingan negara menyatakan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat Mahathir - Husam ini.

Debat jangan dilihat sebagai pergaduhan tetapi ia ialah latihan praktik yang harus dilakukan ke arah mencari idea yang matang dan bernas.

Isnin ini SAMM akan menghantar surat kepada Tun Dr. Hj. Mahathir Mohamad dan Datuk Hj Husam Musa untuk menerangkan maksud kesediaan menganjurkan debat tersebut.

Diharap kedua pihak mampu mengenepikan ego demi bersama membina bangsa dan negara ini.

No comments:

Post a Comment