Monday, January 17, 2011

Bantuan kembali ke sekolah

Puan Imah mempunyai 5 orang anak..2 daripadanya menghidap penyakit leukimia dan seorang lagi merupakan insan OKU....suaminya hanya bekerja kampung dan mereka sekeluarga tidak pernah menerima sebarang bantuan dari JKM.
walaupun dihimpit kiri dan kanan pimpinan KEADILAN Rembau tidak pernah
letih turun padang membantu rakyat.

Makcik Yam, tidak lagi mampu berdiri berjalan, suaminya buta masih
gigih menjaga dua orang cucu yang bersekolah antara penerima bantuan.
tiada program besar dan megah, dari bazir wang buat prog besar lebih baik jimat dan boleh bantu ramai lagi. bantuan disampai dengan cara ziarah terus ke rumah.

Memulakan persekolahan menyeronokan ramai kanak-kanak dan merupakan satu yang menyeronokkan ibu bapa melihat anak memakai baju sekolah. Namun ada ramai juga apabila memulakan persekolahan merupakan mimpi ngeri. Kepayahan hidup seharian akan menjadikan proses memulakan persekolahan merupakan mimpi ngeri.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau sejak Disember 2008 dan seterusnya setiap tahun mengadakan program bantuan kembali ke sekolah. Tahun pertama seramai 150 orang anak sekolah dibantu pakaian sekolah dan tahun kedua 276 orang dibantu peralatan sekolah. Tahun ini seramai 47 orang diberi bantuan wang tunai dengan harapan mampu meringankan beban yuran sekolah.

Dana ini dikumpulkan hasil sumbangan sebahagian besarnya dari jawatankuasa KEADILAN Rembau sendiri dan termasuk juga sumbangan orang ramai.

Kami membantu sekadar mampu. Walaupun dihimpit kiri dan kanan KEADILAN akan terus tampil membantu semampunya.

Kami tidak ada media untuk hebohkan apa yang kami lakukan. Kami tak ada duit zakat Baitulmal atau wang Kementerian untuk kami agih. Sumber kami terhad sumbangan orang ramai maka kami juga elak untuk program megah sampaikan bantuan kerana untuk adakan program itu sudah guna wang, maka wang itu lebih baik jimat ramai lagi boleh bantu.

Alhamdullilah, syukur. Bantuan ramai kami tidak henti bantu. Kami pernah buat rumah orang warga emas, bina hentian bas selain, bantu kerusi roda dari bantuan perayaan atau bantuan lain.

No comments:

Post a Comment