Saturday, December 04, 2010

Himpunan di Masjid Negara tetap diteruskan.

Seperti biasa PDRM telah menjalankan amalam biasa mereka iaitu memberikan amaran dengan menyatakan perhimpunan yang akan diadakan ialah haram.

Memang sejak beberapa himpunan besar yang lepas Umno telah menggunakan strategi yang baru iaitu menaja himpunan serentak dengan himpunan yang bakal kita adakan. Kali ini himpunan pemuda baju hitam konon akan diadakan serentak. Menggambarkan seriusnya himpunan tersebut maka mereka mengadakan 'raptai' Jumaat lepas di Masjid Shah Alam dan berarak ke Istana Selangor. Seramai 100 orang berarak termasuk Ketua Umno Shah Alam. Polis mengawal dengan baik, tiada tangkapan aau halangan.

Himpunan yang mereka konon akan adakan serentak pula ahad ini untuk membantu polis menambah alasan bagi mengganggu himpunan kita kononya untuk elak kekocohan. Himpunan baju hitam juga dijangka mendapat liputan media agar menakutkan yang nak turun dengan harapan membina persepsi pertempuran akan berlaku dan tak aman.10,000 kita akan bertembung 100 orang baju hitam (pinjam gelak tukar tiub kah kah kah) maka jangan kuatir petugas kita akan beri laluan kepada mereka untuk hantar memo dulu nanti dalam keadaan aman.

Menurut penganjur Istana juga telah memberi lampu hijau bersetuju menerima memorandum tersebut.

Kepada semua di ingatkan :
  1. Jangan gusar datang ramai - ramai dengan keluarga dan kawan - kawan, petugas yang cukup disediakan untuk membantu dalam sebarang kemungkinan.
  2. Peguam yang cukup disediakan oleh Kerajaan Selangor.
  3. Hakim Mahkamah Seksyen KL , Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu dengan menyatakan adalah salah polis menahan orang yang berada di kawasan Masjid Negara.
  4. Semua dinasihat datang awal, terus masuk ke masjid negara untuk solat jemaah Zuhor berjemaah dengan pimpinan yang hadir. Nak solat Zuhor tak kan tak boleh juga ??
  5. Untuk elak halangan, simpan baju merah dahulu. Pakai bila tiba di masjid.
  6. Bawa garam, towel kecil, air mineral untuk sebarang kemungkinan.
PDRM diminta bertindak waras, ikut undang - undang bukan arahan regim semata. Semalam (Jumaat) PDRM boleh tunjuk baik iring dan jaga 'raptai' himpunan baju hitam dengan siap lengkap berarak ke Istana maka apa alasan himpunan esok perlu diganggu.

Pimpinan PR di Selangor diwajibkan hadir. Semua jentera negeri wajib hadir. Ahli Majlis kerajaan tempatan, Pengerusi dan JKKK seluruh Selangor juga wajib hadir. Jangan bila nak lobi jawatan bersungguh tapi bila nak bersama MB pertahankan hak takut. Exco dan ADUN sudah pasti wajib hadir.

SAMM dan sekumpulan bloggers akan cuba catat rekod kehadiran. Siapa tak hadir atau hadir dan lari kalau kena tempelak selepas ini mohon maaf dahulu.

Kenaikan '4some' tengah malam tadi juga seharusnya menyemarakkan lagi kesungguhan rakyat untuk hadir.

Esok diharap bukan sahaja pengguna air Selangor dan WP KL sahaja hadir tetapi rakyat keseluruhanya harus hadir. Himpunan esok ialah kuasa rakyat melawan regim.

8 comments:

  1. Hanya mampu doakan yang terbaik untuk esok..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:39 PM

    sumber dari biro politik... sam dilantik lead kes2 felda bagi pihak keadilan dgn siap buget puluh ribu sebulan... tahniah... mamposlah kau cikgu kena buang sapa nak layan

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:21 PM

    bangun ANAK MUDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    doa kami INSYAALLAH d permudahan esok!!!!!amin

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:41 PM

    Orang awam menentang syarikat swasta dikira buat salah? Syarikat swasta ada kuasa suruh polis halang orang awam nak mengadu kepada Sultan? Agaknya polis suka bil air naik. Polis dapat tinggal dalam flat tak perlu bayar bil air ke?

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:30 PM

    anon 2.39pm,

    nilai kami bukan puluhan ribu...nilian kami tidak ternilai dan keikhlasan kami dinilai oleh Allah.

    kirim salam saya pada Sam.

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:26 PM

    Salam,
    Saya cadangkan supaya pihak media alternative dtg lebih awal untuk membuat liputan/ambil gambar semasa polis2 & SB2 di beri taklimat.. Semalam semasa saya menghantar anak saya kekelas di Masjid Negara seawal 8.45 pagi. Saya dapati ramai polis2, FRU2 dan SB2 sedang mendengar taklimat dari ketua masing2. Kesihan.. yang menjadi SB semuanya dah beruban..

    Malang sekali saya x bawa kamera/Hp masa tu.. (Nak cepat antar anak)

    ReplyDelete
  7. abg Joe6:16 PM

    err tak paham lah chegu..


    Apsal isu air Selangor, satu Malaya di canang supaya turun? Susah sangat kah MB Selangor saja yang serah memo sorang2?

    Satu lagi,

    isu tariff air, kuasa memutus adalah kerajaan Selangor. Pentadbiran Khalid dilihat cuba mengalih perhatian bahawa tarif air Selangor adalah masalah nasional. Ini tidak domestik. Walhal kuasa penuh memutus tarif terletak di tangan kerajaan negeri.

    Awas rakan2 PR, rakyat jelata amat memerhati perkara ini. Nampak demonstrasi ini seperti bijak, tapi ada nampak macam kurang matang.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:40 AM

    ko korang nie betul2 menyusahkan org ramai nak masuk KL lah.. takpayah nak b'demo2... hampir 3 jam aku n family kat jalan raya...

    ReplyDelete