Friday, October 15, 2010

Terima kasih Pyan Habib dan aktivis seni lain yang turut hadir


Ketika Majlis Sidang Media mengumumkan kesediaan bertanding Ketua AMK bersama gandingan Timbalan YB Chang Lih Kang serta barisan exco yang ebrsetuju dengan agenda yang dibentangkan di Dewan Perhimpunan Cina dua hari lepas lebih 100 orang hadir. Ada perbagai latar orang yang hadir. Antaranya ialah Pyan Habib. Amat hargai kehadiran beliau.

cheGuBard percaya kehadiran Pyan Habib juga kerana yakin dengan agenda perubahan ke arah kebangkitan anak muda yang juga memberikan perhatian terhadap penambahbaikan dan memperkukuh kebebasan seni dan seniman. Beliau juga hadir atas sifat teman.

Namun dalam negara regim 'kuku besi' ini percayalah sudah pasti sedikit sebanyak teman cheGuBard ini akan menerima tekanan.wahai sahabatku Pyan Habib, teruskan keberanian berkarya menegur dan membawa isu rakyat dengan kekalkan kebebasan senimanmu. Terima kasih juga atas sokongan dan doa saudara.

klik http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9036

1 comment:

  1. Anonymous11:07 AM

    saya ada dlm majlis sidang media CB .... hebat !! bukan saja org politik tetapi seniman pun hadir... ramai anak muda semua dlm 100 lebih hadir... go CB...go cb...

    ReplyDelete