Wednesday, October 27, 2010

Ole-ole Batu Sapi

Aku sekarang ada kat Shah Alam. Tak ada masa nak ke Kuala Kubu Baru jumpa Pak Akop untuk bertanya tentang peluang di Batu Sapi. Sao, hangpa semua kena jadi Pak Akop.

Siri 1 ini, aku bagi sedikit data untuk dibuat rujukan. Terpulang la sama ada hangpa nak pakai Signs and Mattermatics, atau Science and Mathematics.

Imej diatas adalah jumlah pengundi mengikut pecahan kaum dan mengikut Daerah Mengundi. Jumlah pengundi Batu Sapi lebih kurang macam Kuala Kangsar atau Padang Rengas. Dan dibawah pula adalah pecahan pengundi mengikut jantina dan peringkat umur.

Esok atau lusa, aku bagi keputusan pilihanraya lalu untuk dibuat perbandingan atau jangkaan. Kat mana boleh menang, dan kat mana boleh kalah. Mungkin sebelum hari mengundi lagi, hangpa dah boleh buat jangkaan sapa yang akan menang atau kalah.

Cuma sebagai selingan, sementara meneliti data diatas, ada beberapa perkara menarik berlaku di Batu Sapi.

Terdapat 156 pengundi yang berumur lebih dari seratus tahun. Pengundi paling tua ialah Piong binti Adam yang berumur 127 tahun.

Pengundi paling popular dan dikenali diseluruh dunia adalah superstar Elton John.!!

Bukan itu saja, Calon Ketua AMK yang menarik diri juga mengundi di Batu Sapi??? Mungkin orang lain kot.

Yang atas ni kurang glamer…tapi yang paling glamer ialah polis pencen pun masih mengundi secara pos!!!

Terdapat seramai 38 orang anggota polis yang sudah pencen masih mengundi secara pos.Terdapat 21 anggota polis yang berumur lebih dari 55 tahun masih bertugas di IPD Sandakan. Manakala seramai 17 orang mengundi di PGA Sandakan. Siapa mereka?

Macam mana polis yang berumur 77 dan 63 tahun masih ada dalam Daftar Pemilih?

petikan MSK

No comments:

Post a Comment